Wah, seronoknya puak puak UMNO menghentam kerajaan PR Selangor menerusi media masa mengenai isu babi. Tiga Exco Pas, Dr Hassan Ali, Dr Halimah dan Iskandar bersetuju agar projek itu diteruskan. Tak perlu sebut apa pendapat exco dari DAP. Exco PKR pula didalam defensive mode pula. Kenapa ladang ladang babi di Melaka dan Negeri Sembilan tidak dikomen oleh puak puak Umno ini?. Disana masih menggunakan cara tradisional, dan mencemarkan alam sekitar. Sungai berdekatan dijadikan tempat membuang najis babi. Ada yang memanggil Negeri Sembilan dan Melaka sebagai Darul Khinzir.
Orang Melayu tersangat sensitif dengan babi, tetapi kalau bab zina, arak dan masalah sosial lain mereka enteng sahaja. Mereka terlalu sentimen pasal babi, seolah olah dosanya lebih besar dari jenayah lain. Kita mesti faham bahawa kita tidak dibenarkan makan babi sahaja, kita masih boleh memegangnya tetapi perlu menyamak. Lagi pun projek ini dibiayai 100 peratus oleh swasta, dan penternakannya adalah secara moden dari Germany dan tidak akan ada pencemaran alam sekitar. Babi tersebut pula adalah untuk keperluan orang bukan islam dan bukan untuk di ekspot. Islam menghormati hak hak orang bukan islam dan selepas projek ini, tidak akan ada ladang ladang babi individu di negeri Selangor. Eloklah ladang babi ini di centralise, daripada bersepah sepah dan mencemari alam sekitar.
Aku dengar, orang orang PAS pun membangkang projek ini. Orang orang Melayu mesti rasional dan menghormati hak bangsa lain. Babi adalah makanan mereka. Kalau kekurangan babi dipasaran tempatan, mereka akan tetap mengimpotnya dari luar.
Aku cadangkan MB Selangor mengadakan press conference, dan menerangkan isu sebenar, dengan fakta fakta projek agar rakyat mendapat penjelasan yang betul. Jangan biarkan puak puak Umno ini mengambil kesempatan menceduk di air yang keruh.

No comments:
Post a Comment