Terpampang berita berkenaan disemua akhbar pada pagi ini, 7 April 2008. Aku tak faham macam mana setengah pihak boleh berbangga dengan tugas 'berprestij' ini. Mungkin Jeneral Jeneral kita ni dah tak siuman lagi.
Kalau sesiapa dah pernah melawat Buckingham Palace, mesti pelik melihat askar askar British yang tercegat macam patung di hadapan istana tersebut. Kesian aku tengok depa di 'dera'. Rm 1.9 juta akan dihabiskan untuk membawa Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja ke sana. Agak nya ATM ni dah dapat berlebihan bajet untuk membawa 122 anggota mereka bercuti di London.
Siapa kah gerangan Raja Inggeris yang kita perlu jaga sebegini rupa?. Agaknya selepas ini kita minta Welsh Guard menjaga istana Yang diPertuan Agong pula. Tit for tat.
No comments:
Post a Comment