16 September 2008

Briani Gam Batu Pahat






Maaf terlebih dahulu kerana menguji anda semua didalam bulan Ramadhan dengan gambar briani gam Batu Pahat. Kalau di Batu Pahat, biasanya Briani Power yang bersebelahan Hospital Besar adalah lebih terkenal.

Ramai yang tidak mengenali Shah Briani Gam tetapi ia tidak kurang hebatnya (mungkin lebih lazat lagi). Kepada mereka yang akan balik kampong ke Johor melalui Jalan Muar-Batu Pahat, jangan lupa singgah di gerai Shah Briani Gam, sebelah kiri jalan 100m sebelum menyeberangi jambatan Batu Pahat.

Cuba jangan tak cuba. Harga pun berpatutan.

1 comment:

zafri said...

Saya dah cuba dah beriani md shah ni. Memeang lain dari Beriani yg biasa. Kalau beriani kambing tu, bau kambing melekat kat tangan 3 hari. siap lepas pekena sepinggan dua, tapau lagi 5 bungkus bagi kat kengkawan di kl. hehehe