Kalau rajin membaca Blog (khabarnya ada 500,000 di Malaysia!), bermacam macam teori, firasat, kasyaf (!), feng shui dan ramalan berkenaan siapa PM selepas Pak Lah. Aku pun rasa Pak Lah tidak akan lama duduk di kerusi empok itu, dengan kemelut politik UMNO sekarang ini. Rakan rakan di Coffee Corner selalu bertanyakan pendapat aku.
Pada fikrah aku, kekalahan BN dibandar bandar besar pada PUR12, bukanlah disebabkan pengundi menyokong DAP atau PKR. Sebenarnya pengundi memangkah parti yang lain daripada BN. Jikalau atok Maimun bertanding diatas tiket bebas di Petaling Jaya, dan berkempen dengan basikal buruknya itu, atok Maimun akan menang.
Macamana Loh Gwo Burne, yang kurang fasih Bahasa Melayu, bukan orator yang baik dan bermastautin di China boleh menang dan meraih kelebihan undi yang banyak? Siapa yang kenal dia sebelum ini?.
Pada realitinya, UMNO akan tetap berkuasa, Pak Lah akan turun tak lama lagi, tetapi orang UMNO akan tetap jadi PM. Aku jangka akan ada perubahan drastik pada pucuk pimpinan UMNO. Negara akan ditadbirkan dengan lebih baik. AI akan jadi Ketua Pembangkang dan PM-In-Waiting selama lama nya.
Tetapi masih kedengaran dari orang orang Arqam, bahawa Abuya akan jadi PM pulak secara ghaib selepas Pak Lah. Allahualam.........

No comments:
Post a Comment