16 April 2008

Black 14

Kemain bersemangat rakan rakan ku berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi kerana menyambut 'pelepasan' AI. Mereka yang tidak dapat hadir, dikatakan penakut!. What the heck?. Rakan rakan ku ini hanya kuat bersorak dan bersemangat hangat hangat tahi ayam sahaja. Agaknya kalau dilepaskan gas pemedih mata, dia orang yang akan lari bertempiaran dulu.

Ramai para 'penyokong demonstrasi jalanan' era reformasi yang hadir. Mereka inilah pendokong reformasi yang sebenarnya. Mereka ini lah barisan hadapan yang telah dibelasah dengan cotar, ditembak dengan gas pemedih mata dan dilokap, tetapi semangat mereka masih kental. Ini lah orang orang nya yang AI tabik semalam.

Tetapi apa yang menghairankan, kenapa perhimpunan sebesar itu dibuat di Kelab Sultan Sulaiman, walhalnya mereka boleh meraikan beramai ramai di Stadium Shah Alam, negeri PR. Permit polis telah dipohon untuk jamuan makan malam tetapi tiada makanan disediakan untuk rakyat yang datang. Laporan laporan mengatakan diantara 7,000 sehingga ke 20,000 rakyat telah membanjiri kawasan sesempit itu. Rakan ku berkata perhimpunan diadakan disitu kerana faktor nostagia. 'Bullshit', itu lah jawapan ku.

AI sebagai 'PM-In-Waiting' perlu lebih berwibawa. Jikalau PR ingin menjadi bakal kerajaan yang serious, apa apa acara yang dianjurkan biarlah ada klas. Politik jalanan sudah lapok dan zaman demo reformasi pun dah berlalu. Alhamdulillah tiada peristiwa yang tidak di ingini berlaku diantara penyokong AI dan FRU. Katakan lah polis di provoke oleh mana mana pihak yang anti AI, tidak kah ianya membahayakan beribu ribu rakyat, kanak kanak dan kaum kaum perempuan.

AI tahu bahawa permit polis untuk perhimpunan tentu sekali tidak akan diluluskan oleh pihak polis, tetapi beliau masih meneruskan acara disitu. AI mesti membuktikan bahawa beliau lebih bertanggung jawab dan lebih berperihatin kepada penyokongnya. AI membahayakan beribu ribu insan marhaen dengan risiko tangkapan, pukulan cotar dan gas pemedih mata.

Gunakanlah kebijaksanaan, kerana PR sebagai Kerajaan alternatif perlu menunjukkan sikap yang lebih matang.

No comments: