21 April 2008

Sms doomsday !

Semalam aku terima satu sms dari saorang rakan, berbunyi :


"Maklumat dpd. Ustadz........(nama aku tak nyatakan, kerana dia saorang ulamak terkenal). Planet Marikh (planet terdekat dengan bumi) telah mengalami pusingan terbalik pd bulan 9 yang lepas. Jadi, planet yang berhampiran dengannya juga akan mengalami kejadian yang sama. Maka akan terjadi kejadian matahari naik dibarat yang juga tanda tanda besar kiamat lalu pintu taubat ditutup. Kata para astronomi, bumi hanya tunggu masa saja. Info ini x didedahkan secara meluas & telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana ia menguntungkan pihak Islam. Ambillah peringatan samaada benar & sejauh mana khabarnya, Wallahuallam. Tapi harapnya dapat disebarkan sebagai peringatan."

Komen aku:
  • He he, mungkin disebarkan oleh syarikat telco, akan menambahkan lagi keuntungan mereka apabila dah jadi chained sms.
  • Kalau Marikh dah berpusing terbalik, sudah tentu ramai astronomer amatur dah buat bising kerana Marikh terlalu dekat dengan bumi dan boleh kelihatan dengan teropong.
  • Kalau Marikh dah berpusing terbalik, mesti kucar kacir kehidupan dibumi sekarang kerana pasang surut air laut dan tarikan graviti akan terjejas.
Aku rasa apa yang lagi bahaya kepada dunia ialah risiko pelanggaran comet dan asteroid. Berzillion comet beredar mengelilingi chakrawala, dan ada yang lebih besar dari bumi. Tidak kah anda hairan kenapa dari berzillion komet yang berada dialam ini, tidak satu pun yang telah melanggar bumi? Ada teori yang mengatakan bahawa sebiji comet telah melanggar bumi 65 juta tahun dulu. Pelanggaran tersebut mengakibatkan kemusnahan 70% kehidupan bumi, termasuk dinasour kerana kesannya saperti meletupnya sebuah bom atom yang 10000 kali bom atom Hiroshima. Kemunkinan matahari naik dibarat akan berlaku apabila sebuah comet besar melanggar bumi dan pantulannya menyebabkan dunia berpusing songsang! Comet pun mengelilingi chakrawala dan adakah kumpulan comet yang melanggar bumi 65 juta tahun lalu akan bertemu bumi sekali lagi dimasa terdekat ini?

Tanda tanda kecil kiamat memang telah ada, tetapi kita masih menanti kedatangan Nabi Allah Isa untuk mendirikan daulah islamiyah diseluruh dunia terlebih dahulu, dan kiamat akan tetap datang kemudiannya.

Taubatlah sekarang dan jangan tunggu sehingga digesa oleh sms berantai sebegini !!!

Allahualam.

No comments: