15 March 2010

Keajaiban Bukit Magnet (Jabal Maghnatis) Madinah

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar Bukit Magnet di Madinah ini. Bagi Jemaah Indonesia Bukit Magnet yang jauhnya 40km dari Madinah adalah satu tempat yang mesti dilawati. Orang Malaysia mengenali tempat ini hanya beberapa tahun yang lepas.

Bagi pakej Haji atau Umrah, lawatan ke Bukut Magnet tidak termasuk didalam lawatan kekawasan kawasan bersejarah disekitar kota Madinah. Jika anda ingin kesana, anda perlu berbincang dengan pemandu bas, dan selalunya tambahan 40 riyal saorang akan dipinta oleh pemandu. Agak mahal saya kira kerana jika satu bas boleh memuatkan 20 jemaah, jumlah nya menjadi 800 riyal untuk kesatu tempat yang hanya 40 km dari Madinah!.

Apa spesial nya Bukit Magnet?

Jabal Maghnatis (bukit magnet) ini ialah satu tempat di mana kereta/bas akan ditarik semula ke Madinah. Apabila sampai ke kawasan ini, kereta akan bergerak sendiri untuk balik ke Madinah. Kekuatan tarikan ini hingga, kelajuan bas atau kereta akan bergerak hingga melebihi 120 km/ jam.

Ini salah satu lagi dari keajaiban kota Madinah. Pada hari Khamis dan Jumaat, orang Arab akan datang ke sini beramai-ramai, membawa keluarga. Mereka akan berkelah di tempat ini. Tempat ini juga merupakan kawasan lapang yang cantik pemandangannya. Terdapat pokok-pokok rimbun yang akan melindungi sesiapa di sini dari terikan matahari.

Apabila engin bas diberhentikan di kawasan tersebut, bas akan meluncur dengan sendirinya saperti ditarik oleh kuasa ghaib sehingga kelajuan 120 km/hr, walaupun jalan nya mendatar. Yang pelik nya sesiapa yang membawa kompas, jarum kompas masih menunjukkan arah utara dan ini bermakna tidak ada tarikan magnetik dikesan (saya menggunakan jam Tissot T Touch yang mempunyai kompas).

Mutawif kami, saorang pelajar Indonesia menceritakan satu cerita mengenai kelebihan dan keanehan Bukit Magnet. Mungkin cerita nya tidak sahih, tetapi terpulanglah jikalau sesiapa ingin mempercayainya.

Semasa peperangan Uhud, Rasulullah saw telah tercedera parah akibat kepintaran Khalid Al walid memerintahkan pemanah orang orang mushrik menawan jabal Uhud. Sahabat sahabat telah mengusung Rasulullah untuk menyelamatkan beliau dan membawa beliau keluar dari Jabal Uhud jauh dari Madinah. Rombongan beliau dikejar oleh tentera berkuda orang Mushrik. Apabila tentera Mushrik sampai dikawasan Bukit magnet, mereka tidak dapat mengejar rombongan Rasulullah saw kerana tarikan magnet yang memperlahankan kelajuan mereka. (Mereka memakai banyak peralatan yang diperbuat dari besi saperti baju perisai dan lain lain).

Itu lah yang diceritakan oleh mutawif Indonesia kepada kami. Orang Arab Madinah ramai yang tidak tahu mengenai Bukit Magnet dan cerita cerita disebaliknya. Rakan saya, saorang Arab penduduk Madinah tercengang apabila saya menceritakan perihal Jabal Maghnatis ini.

Allahualam.


Perjalanan ke Jabal Maghnatis
Ia lebih kurang 40 km dari Madinah
Kereta akan ditarik balik ke Madinah
Pemandagan sekitar kawasan Jabal Maghnatis
Unta-unta yang kadang-kala meluru ke jalan raya