22 April 2008

Is Pak Lah stealing Anwar's thunder?

Kita disogokkan dengan beberapa reforms didalam minggu ini oleh Pak Lah. PM nampaknya mula menunaikan beberapa manifesto yang dijanjikan oleh PR didalam PUR12. Selama 4 tahun beliau lena tanpa menghiraukan janji janji manis PUR11 tahun 2004. Sekarang beliau telah dikejutkan oleh rakyat, kerana rakyat tidak mudah lupa sumpah PUR11 itu.

  • Reform kepada judisiari akan dilaksanakan dengan langkah pertama memohon maaf kepada Tun Salleh Abbas dan hakim hakim lain yang telah dianiayai.
  • BPR akan diletakkan dibawah kuasa Parlimen agar lebih efektif.
  • Tender akan dilaksanakan secara tawaran terbuka.
  • Kebenaran permit akbar PKR.
Laporan akbar semalam:

“But I do not forget my promises. I attend to them when the time comes,” he told reporters after delivering his keynote address at the function.

Abdullah also stressed that these reforms were all part of his 2004 election manifesto, but he was unable to fulfill them in the past four years as there were other urgent matters to handle then.

“The manifesto for 2004 is not just for four to five years in the first term".

Apa karut yang PM sebutkan. Semua orang tahu bahawa langkah langkah ini hanya untuk memancing sokongan rakyat semula kepada beliau. Kekalahan BN pada PUR12 adalah kemenangan kepada rakyat. Kedudukan beliau didalam UMNO pun sedang goyah. Beliau perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan orang orang UMNO kepada kepimpinan beliau. Antara reform lain yang perlu disegerakan ialah penghapusan :
  • ISA dan OSA
  • Universities and Universiti college Act
  • Printing presses and publications Act
Pak Lah tentunya akan mendapat tentangan dari pihak tertentu dari UMNO yang masih inginkan status quo kepentingan mereka dipertahankan. Aku rasa cukuplah honey moon selama 50 tahun orang orang UMNO ini. Dunia sudah berubah dan orang orang Malaysia sudah mula menjadi bijak. Sekaranglah masa nya untuk kita melaksanakan quantum leap demi kepentingan rakyat marhaen.

Aku tak akan terkejut jika Pak Lah melaksanakan semua manifesto PKR sedikit masa lagi.

'Kekalahan' BN sebenarnya adalah 'a blessing in disguise' dan akan menguntungkan rakyat.

No comments: