Aku terpanggil untuk menjawab beberapa persoalan rakan rakan mengenai AI. Rata rata mereka menyokongnya 110 peratus. Aku langsung tidak boleh komen pasal AI dan akan ditempelak beramai ramai. Mereka terlalu taksub kepadanya. Kebanyakan dari mereka masih menuntut di Universiti semasa AI didalam kerajaan dan mungkin tak sedar implikasinya. Ramai kawan kawan AI tersangat sedih apabila beliau dengan rela terjun kedalam tong najis.
Ramai yang memikirkan AI adalah 'saviour' kepada gerakan Islam di Malaysia pada masa itu. Rakan rakan ku di negara Arab pun mengharapkan beliau dapat mempertabatkan Islam keseluruh dunia. Kesian, kerana harapan mereka meleset sama sekali.
Ketika itu sebagai DPM, tersangat susah untuk bertemu dengannya kerana setiap waktu beliau dikelilingi oleh 'Gate Keepers'. Sehingga ada yang mengatakan adalah lebih mudah untuk bertemu Mahathir daripada bertemu beliau. Kemana AI pergi, beliau akan bersama balachi balachinya. Kehidupan nya tidak lagi sederhana, sentiasa memakai suit Armani yang berharga Rm 18k, tinggal di banglo yang mewah, sangat digemari oleh wanita wanita UMNO serta rakan rakannya pula terdiri dari ahli ahli korporat dan orang orang yang tidak berakhlak. Hobinya menunggang kuda dan jet ski. Semakin lama, jurang antara beliau dan rakyat marhaen bertambah luas. Dia sudah tak ubah saperti pemimpin pemimpin UMNO yang lain. Dia sudah tenggelam didalam kemewahan dunia orang orang UMNO dan sudah lupa misi asalnya.
Yalah, pada ketika itu, siapa yang tidak mahu dilihat bersama PM-in-waiting?. Sesiapa yang mempunyai simpanan nombor hand phone AI pun sudah memadai untuk dijaja kesana kesini, kononnya mereka ada kabel dan talian terus dengan AI. Kawan kawan lama di ABIM dan PAS dipinggirkan. Lama kelamaan AI UMNO sudah tidak seperti AI Yayasan Anda. Pada mulanya aku fikir tidak semua manusia boleh berubah kerana pangkat, kekayaan dan kuasa. Tetapi, AI telah mengubah pemikiran ku.
Aku tanya kepada rakan rakan ku di Coffee Corner, selama 8 tahun didalam kerajaan UMNO, apakah jasa jasanya yang kita boleh banggakan sehingga kini?. Zilch, Nein, Zero. UIAM adalah idea TDM. Bank Islam adalah idea TDM. Harga petrol RM 1.10 selama 8 tahun dapat dikekalkan kerana harga pasaran dunia hanya RM 30/barrel (sekarang RM 112) pada masa itu. Pertambahan ekonomi 6 peratus setahun sehingga kini boleh dicapai, walaupun dizaman Pak Lah. Rumah murah dan undang undang rasuah tidak boleh dibanggakan kerana itu adalah tugas pemimpin untuk melaksanakan.
Rakyat telah menolak Pak lah dan UMNO. Rakyat mengharapkan saorang 'Penyelamat' untuk menggantikan Pak Lah yang bukan dari UMNO, kerana UMNO telah gagal membela rakyat. Janji janji manis PKR semasa PUR12 sangatlah menarik. Tetapi aku takut diperdaya sekali lagi oleh AI.
'Once bitten, twice shy' - ramai yang tidak menyokong AI jadi PM. Tetapi siapa lagi yang boleh kita harapkan? Hishamuddin?, KJ?, Husam?, Nizar?, Guan Eng?. Tunggu next change.

No comments:
Post a Comment