Ramai yang mengatakan MB Perak yang baru ini akan menjadi saorang MB yang paling hebat dan berkesan didalam sejarah Perak sehingga kini. Nizar Jamaluddin telah bergiat sebagai aktivis Islam bermula disekitar akhir 70'an, di Universiti Aston, UK. Pada masa tersebut api revolusi Islam sedang bersemarak di Iran dan bahang nya sangat terasa di United Kingdom. Pelajar pelajar Malaysia ramai yang bergiat didalam beberapa kumpulan, kumpulan pertama, Islamic Representative Council (IRC), dan kumpulan kedua yang lebih kecil, Suara Islam. Ada sebahagian pelajar yang terlibat dengan UMNO dan gerakan gerakan Sosialis dari Singapura.
Nizar dan beberapa pelajar lain saperti Khalid Samad (YB Shah Alam), dan arwah Azim merupakan penggerak aktif Suara Islam. Pada setiap forum perdebatan, Suara Islam akan selalu membidas IRC kerana konon nya mereka adalah golongan reformis, walhal Suara Islam mengutarakan konsep revolutionari yang dibawa oleh Rasulullah.
Aku masih ingat semasa Tun Dr. Mahathir, yang pada masa itu sebagai Menteri Pelajaran Malaysia telah mengadakan sessi dialog bersama pelajar pelajar Malaysia di Salford University, UK pada tahun 1979. Nizar telah bangun dan bertanya beberapa soalan yang diantara lain berbunyi 'Why is the Malaysian Government suppressing the Islamic workers......".
TDM dengan nada sindir dan gaya belit nya menjawab "In Islam there are no class distinction and no Islamic workers. You are talking like a communist. You should learn more about Islam!".
Penaja Suara Islam cuba mendaftar sebuah parti baru yang di panggil Parti Negara Islam Malaysia sekembalinya mereka dari UK, tetapi tidak berhasil, dan akhir nya semua aktivis Suara Islam telah menjadi ahli PAS. Penaja IRC pula ramai yang menjadi ahli ABIM dan JIM.
Kalau kita baca sessi sessi interview dengan MB Perak didalam akbar baru baru ini, jawapan nya adalah tepat, bernas dan boleh diterima oleh semua kaum. Ini sangat berbeza dengan pemimpin pemimpin BN yang selalu merapu dan bercelaru sahaja.
Kita lihat di Kelantan kepimpinan ulamak PAS telah memerintah lebih dari 17 tahun. Kita mahu lihat kepimpinan saorang Jurutera dari PAS bertahan lebih lama lagi, insyallah.

No comments:
Post a Comment