12 April 2008

Khmer Rouge


Atikel ini berbeza sedikit dengan yang lain. Aku nak berkongsi satu pengalaman kerana aku rasa ianya boleh mengajar kita menjadi hamba yang bersyukur.

Pada tahun 1991, selepas selesai mengerjakan ibadat Haji, aku bertolak ke Madinah untuk melaksanakan solat 40 waktu di Masjid Nabawi. Pada satu petang sementara menunggu solat Maghrib, aku sempat berbual dengan saorang jemaah yang beriktikaf sebelah ku yang berasal dari Cambodia. Namanya Haji Abdullah, berketurunan melayu Champa. Beliau lancar berbahasa Melayu dengan bertelurkan kelantan. Aku difahamkan melayu Champa berasal dari Kelantan dan telah berhijrah kesana 400 tahun yang lalu. Budaya berhijrah dan mencari rezki diluar adalah sinonim dengan rakyat Kelantan sehingga sekarang.

Beliau adalah saorang survivor regim Khmer Rouge. Aku bertanya bagaimana beliau mengerjakan solat, kerana Khmer Rouge adalah anti agama dan akan membunuh sesiapa yang mengamalkan agama. Beliau berkata semasa Khmer Rouge memerintah diantara tahun 1975-1979, lebih dari 1.5 juta rakyat telah menemui ajal kerana hukuman mati, kelaparan dan buruh paksa. Mereka di sumbat kedalam Commune dan dipaksa bekerja 12 jam sehari. Setiap waktu ada guard yang memerhati selain daripada pengintip pengintip yang tidak diketahui. Katanya lagi, wudhu akan diambil semasa sedang mandi di sungai secara sulit. Solat dikerjakan semasa berjalan ketempat kerja atau semasa bekerja, dengan cara ber-imaginasi dan bacaan didalam hati. Selama 4 tahun beliau bersolat secara begitu. Anak isteri nya telah dibunuh dengan kejam oleh puak zalim ini. Tanpa disedari, berlinang air mata ku mendengar ceritanya.

Tugas beliau adalah membina bendang untuk tanaman padi. Sesiapa yang dilihat melakukan apa apa istiadat keagamaan akan dihukum bunuh serta merta. Mengangkat tangan saperti berdoa pun akan menimpa hukuman yang sama. Walaupun beliau telah menempuh berbagai bagai kesengsaraan, aku lihat riak air mukanya masih berseri seri. Beliau berkata dengan sisa sisa hidup yang ada, dia hanya ingin beribadat dengan Allah dan menunggu masa untuk bertemu dengan anak isteri nya dialam barzakh.

Cuba fikirkan, bagaimana kita begitu aman boleh mengerjakan ibadat, walhalnya rakan rakan kita di Afghanistan, Chechnya, Iraq, dll tidak menikmati apa yang kita nikmati.

Adakah kita akan dapat masuk Syurga secepat kilat saperti rakan rakan kita itu?

No comments: