Aku berpeluang melawat Al Hambra di Granada Spain pada tahun 1995. Sungguh cantik peninggalan kubu Islam di Andalusia itu. Islam memerintah Spain selama 800 tahun sebelum ianya di rampas semula oleh Raja Fernando dan Isabella pada tahun 1492. Aku rasa ianya satu daripada destinasi yang mesti dilawati.
Tapi aku sedih kerana Khalifah Islam pada masa itu, Sultan Abu Abdullah (Boabdil) tinggal di istana yang terlalu mewah dan megah, sehinggakan tidak sedar raja Fernando dan Isabella telah mengepungnya. Pembaca boleh melayari sendiri internet untuk mengetahui dengan lebih terperinci kisah sedih kejatuhan kerajaan Islam Spain.
Sebenarnya apa yang ingin diceritakan ialah perjumpaan saya dengan saorang rakyat Palestin yang berniaga kecil kecilan di Granada menjual makanan halal. Puas saya berjalan mencari makanan halal sehingga bertemu dengan beliau disatu ceruk di bandar Granada itu. Sambil menikmati kebab, beliau telah menceritakan satu kisah di zaman kegemilangan Islam Spain sebelum kejatuhannya.
Raja Kristian Spain telah memerintahkan saorang pengintip (spy) untuk menentukan kekuatan orang orang Islam di kubu Al Hambra. Pengintip tersebut telah bertemu dengan saorang remaja Islam yang sedang menangis. Apabila ditanya apakan sebab dia menangis, remaja itu berkata "Aku cuba memanah dua ekor burung dengan satu anak panah, tetapi hanya saekor burung sahaja yang mengena. Aku sangat sedih kerana aku masih belum mahir lagi". Pengintip tersebut telah pulang melapurkan peristiwa tersebut kepada Raja Kristian. Raja telah memerintah bala tenteranya menangguh penaklukan Al Hambra.
Beberapa tahun kemudian, Raja Kristian memerintah pengintip untuk mengintip kekuatan orang islam lagi. Pengintip telah berjumpa dengan saorang remaja islam yang sedang menangis. Apabila ditanya sebab dia menangis, remaja itu berkata "Teman wanita aku telah melarikan diri untuk berkahwin dengan orang lain, aku sedih kerana tidak dapat bersama dengan nya lagi". Apabila pengintip menceritakan peristiwa itu kepada Raja Kristian, beliau telah memerintahkan bala tentera kristian untuk menyerang kubu Islam, dan akhirnya kerajaan Islam Spain telah tumbang.
Morale cerita ialah apabila semangat dan iltizam remaja Islam masih kuat dan mantap, Islam akan tetap kukuh, tetapi apabila sebaliknya berlaku, orang Islam akan tersembam kebumi saperti apa yang terjadi di Spain 600 tahun dahulu. Allahualam........

No comments:
Post a Comment