'It is not that we love Pak Lah less, but we love UMNO more'. Itu lah kata kata kiasan bijaksana orang UMNO Johor agar Pak lah meletak jawatan. UMNO Johor perlu menjadi Jebat dalam hal ini. Sekarang, keberanian bodoh dan membabi buta Hang Tuah tidak ada tempat lagi. Pak Lah menyebut bahawa Najib akan menggantikan nya sedikit masa lagi. Bukan kah itu kata kata azimat yang selalu disebut oleh TDM. Mahathir mengatakan begitu kepada empat timbalannya dan dia masih tetap berkuasa selama 22 tahun!.
Wahai orang orang UMNO Johor, jangan lah kamu diperkeldaikan oleh Pak Lah lagi. Dia masih belum puas dengan jet eksekutifnya, Sri Perdana masih belum di terokai sepenuhnya, masih banyak negara luar yang belum dikunjungi untuk berbulan madu bersama Jeanne, masih banyak ceruk ceruk Perth yang belum diselidiki, Kamaluddin dan Khairy masih belum mencapai status billionaire.
Wahai orang UMNO Johor, tunjukkanlah keberanian mu sekarang. Semangat kepahlawanan Bugis masih mengalir didalam darah mu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi kedaulatan Islam dan melayu mestilah dipertahankan.
No comments:
Post a Comment