09 April 2008

Pak Lah kata................

Mengenai Ku Li, Pak Lah kata:

‘He was the reason Barisan lost Kelantan to PAS in the first place’

- Siapakah yang menyebabkan kehilangan Pulau Pinang, walhal nya awak adalah PM Malaysia dan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang?. Sedarlah Pak Lah, muhasabah diri sendiri sebelum mengutuk orang lain.

Mengenai TDM, Pak Lah kata:

‘…during his time, he asked the media to ‘block out’ stories and photos of (former Prime Minister) Tun Hussein Onn and not give coverage to certain people?’

‘As for Operasi Lalang, don’t forget who’s responsible’

‘Many countries do not have confidence in our judiciary…so I thought I had to do something about it to restore confidence because the people are hoping for reforms in the judiciary’

- Rakyat tahu, semua tu adalah kerja kerja jijik TDM, tetapi sekian lama awak jadi PM, apakah usaha usaha untuk memperbaiki keadaan?. Hanya selepas PUR12, awak dikejutkan dari lena mu. Awak melantik Zaki kepuncak kehakiman, awak cuba pertahankan Fairuz, dan awak kengkang TOR Commission of Inquiry Lingam Tape. Awak biarkan Kalimullah bermaharaja lela dan awak masih biarkan ramai bercuti di penjara Kamunting. Sedarlah, jangan cakap tak serupa bikin.

Mengenai brother AI, Pak Lah kata:

'when Anwar was the country’s number two he (Anwar) too tried to control the media in terms of what came out on TV and in print'.

- Semua media dan akbar adalah dibawah telunjuk UMNO dan BN. Semasa PUR12, BN berseronok memburukkan parti parti pembangkang didalam media. Rakyat jadi muak dengan sogokan sogokan tersebut. Paklah, awak tak ada bezanya dengan AI semasa dia dalam UMNO dulu.

Setiap kali awak membuka mulut, setiap kali lah awak menunjukkan kebodohan. Bertaubat lah, sesungguh nya kuasa yang diberikan kepada awak adalah satu amanah dari Allah. Gunakan nya dengan kebijaksanaan dan dengan sebaik mungkin.


No comments: