05 May 2008

Ketam Cina dan Ketam Melayu

Pagi tadi boss aku bercerita pasal ketam. Cerita nya pendek sahaja, celoteh Dato' ni boleh menjadi pengajaran kepada kita semua, terutama nya kepada kaum Melayu. Kata nya ketam ada dua jenis, satu jenis ketam Cina dan satu lagi jenis ketam Melayu.

Kalau saekor ketam Cina dapat keluar dari bakul nya, dia akan menarik ketam lain untuk keluar bersama nya.

Tetapi lain pulak dengan ketam Melayu. Ketam Melayu kalau rakan nya dah rapat dengan permukaan bakul, ia akan menarik ketam itu kebawah semula. Semua ketam Melayu akan duduk dibawah, semua tak dapat keluar dan semua akan dimasak menjadi lauk santan cili api.

Jadi kata nya, kalau kita nak maju, jadilah saperti ketam Cina sebab kita ni ramai yang jenis ketam Melayu. Fikirkanlah...................

2 comments:

Anonymous said...

Zack terlupa cerita pasal ketam India! Saya rasa ketam India semua tak selamat juga, kerana semua mati dulu dalam bakul sebab bergaduh sama sendiri ha ha ha

Z said...

Most probably kot.....