21 May 2008

UMNO Sekarang

Aku banyak berurusan dengan orang UMNO didalam kerjaya. Kesemua mereka sama saja, pencarian kekayaan peribadi menjadi matlamat utama. Mereka tidak pernah bercerita tentang perjuangan membela bangsa, mereka tidak pernah bercerita untuk menegakkan keadilan rakyat dan mereka tidak pernah bercerita untuk mengagongkan syiar Islam. Yang mereka bercerita hanya cara nak menjadi lebih kaya, macamana nak beli kereta yang lebih mahal dan macamana nak menambah bini yang lebih cantik dan molek. Perjuangan orang orang Umno sekarang ini sangatlah berbeza dengan perjuangan orang orang dulu. Mereka terlalu bongkak dan sombong. Kalau kekayaan dan kuasa menjadi matlamat, percayalah UMNO akan menjadi bahan Muzium tidak lama lagi, apabila rakyat menolak mereka.

Mati semut kerana gula. Peribahasa yang kita semua maklum maksud yang tersirat. Gula itu semut dan semut itu gula. Semut boleh mati dalam gula, kerana gula dan demi gula. Sama seperti UMNO adalah wang dan wang adalah UMNO. Seperti mana semut gila mabuk dan mati kerana gula, UMNO boleh gila mabuk dan mati dalam duit, kerana duit dan demi duit.

Apa yang ada pada parti yang memisahkan agama dan politik. Apabila bicara soal dosa dan pahala maka pemimpin UMNO seakan histeria dan marah-marah. Apabila dosa dan pahala dilenyapkan daripada prinsip perjuangan, maka yang tinggal cuma nafsu. Apa yang ada pada UMNO cuma benda. Wang, perempuan, projek, kontrak, subsidi adalah cara berpolitik jahiliyah. Cara berpolitik ini telah diamalkan semenjak dari zaman Nabi Musa ke zaman Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah ke hari ini. Tiada apa yang baru dan luarbiasa. Sejarah telah membuktikannya.

UMNO kini serba tak kena. UMNO mahu dilihat Islam tetapi menolak hukum Islam. UMNO mahu dilihat bebas daripada rasuah sedangkan UMNO boleh mati tanpa rasuah kerana UMNO mati tanpa wang dan politik wang.

Sedarlah bahawa rakyatlah yang berkuasa sekarang. Rakyat bukan mudah diperbodoh bodohkan. Rakyat sudah tahu menilai mana yang haq dan mana yang bathil. Insaflah sebelum terlambat.

No comments: