Adalah berkemungkinan besar PR akan berkuasa di bumi bertuah ini sedikit masa lagi. Anwar telah mempunyai cukup korum dari parti parti diSabah dan Sarawak untuk melompat ke PR. Tetapi hari keramat masih di tangguh lagi. Ini adalah kerana banyak percaturan yang belum selesai. Jika PR berkuasa sekarang, kuasa dan ketuanan melayu akan berakhir. Anwar sendiri tidak mahu perkara itu berlaku.
Pada waktu sekarang PR mempunyai kerusi 43 Melayu (M) dan 39 Bukan Melayu (BM). Orang Islam masih majoriti. Jika 30 ahli Parlimen dari Sabah dan Serawak melompat ke PR, PR akan mempunyai kerusi 43 M dan 69 BM (kesemua 30 kerusi dari puak Bidayuh, Iban, Dayak, Kadazan, Cina). Orang Islam bukan majoriti lagi. Jumlah ini, 112 sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan BN, walaupun dengan kelebihan 2 undi. Tetapi kemenangan PR akan menyebabkan berakhirnya ketuanan melayu dan Islam di bumi ini. Kelebihan 2 undi bukan lah satu kekuatan yang boleh dibanggakan. Ibrahim Ali tentunya akan melompat ke UMNO, dan menyebabkan porak peranda, kerana PR dan BN akan sama sama mempunyai 111 ahli Parliman.
Anwar tentu peka dengan permasalahan ini. Walaupun perkataan ketuanan rakyat di gembar gemburkan, tidak ada satu orang melayu di bumi Malaysia ini menginginkan kuasa ketuanan melayu dan Islam hilang. Tentu apa apa isu yang menyebelahi keagongan Islam tidak akan mendapat undi majoriti di Parlimen. Kehilangan kuasa Islam akan menyebabkan orang Melayu membelakangkan PR, dan PR tentu akan tewas pada PUR akan datang.
Apa yang PR perlu laksanakan ialah untuk menarik lebih ramai lagi katak katak dari UMNO untuk melompat ke PR. Jumlahnya mestilah menyebabkan PR mempunyai majoriti orang Islam di Parlimen. Tapi ianya "Easy said than done".
Selagi kekuatan orang Islam masih majoriti di Parlimen, adalah lebih baik UMNO berkuasa pada waktu sekarang. Walaupun kerajaan UMNO penuh dengan keangkuhan dan kezalimannya, kekuasan Islam masih ketara. Walaubagaimana pun, kita berharap Anwar, dengan karisma dan persenolitinya, dapat menarik katak katak Melayu BN, dan mendirikan kerajaan majoriti Islam PR.
Jika Kerajaan PR tidak menunaikan kesemua janji janji mereka nanti, adalah hak rakyat untuk menukar mereka pada PUR akan datang.

No comments:
Post a Comment