Pak Lah tidah bercakap lagi pasal Islam Hadharinya selepas Pilihan Raya. Adakah Imam Besar Islam Hadhari telah meninggalkan fahamannya?. Sekarang Negeri Negeri PR telah mengharamkan apa apa acara Islam Hadhari di negeri mereka. Itu adalah satu tindakan yang betul.
Islam Hadhari ciptaan Pak Lah telah tidak dapat diterima masyarakat. Ada beberapa kemungkinan yang terlintas di fikiran Pak Lah. Mungkin Islam Hadhari yang diciptanya sebenarnya tidak sepatutnya diwujudkan selama ini, semua sokongan yang diterimanya adalah disebabkan pengampu yang mengiakan sahaja apa yang Pak Lah bawa.
Sebagai pemimpin Islam dan selalu bercakap mengenai Islam, Pak Lah perlu mendahului dengan contoh yang baik. Tetapi Pak Lah tidak sedar bahawa dia bukanlah seorang pemimpin yang layak untuk bercakap tentang Islam kerana isteri dan anaknya pun tidak mampu untuk melaksanakan nilai-nilai Islam dalam hidup.
Think Tank Islam Hadhari telah ditubuhkan di beberapa buah Universiti, UKM dan UIAM, antara lain. Pensyarah pensyarah diarah untuk mempelopori fahaman ini dan aktivi aktiviti mempromosinya banyak telah dianjurkan. Semua ini akan membazirkan duit rakyat kerana yang pastinya fahaman ini akan berkubur dengan tersungkurnya Imam Besar Islam Hadhari sedikit masa lagi.
Kemanakah pergi Ummu Islam Hadhari, Ustazah Mashitah?
No comments:
Post a Comment