Pada sesiapa sahaja yang melihat sidang Parlimen Isnin lalu pastinya akan rasa terkejut besar bila mana seorang 'budak' yang mengaku pernah menuntut di Universiti Oxford boleh menjatuhkan maruah universiti berkenaan melalui ucapannya yang tampak begitu 'bodoh' dan kurang ajar.Jika sebelum ini, isu khinzir atau babi hanya berlegar sekitar dada-dada akhbar dan di warung kopi. Namun, dengan hadirnya Khairy sebagai ahli parlimen, tidak semena-menanya babi menjadi semakin terkenal di Parlimen..
Beliau mengungkapkan perkataan 'Projek Babi Raksaksa' dengan singkatannya PKR bagi meraih perhatian. Sikap ini tidak ubah seperti budak hingusan yang meleleh air liur sambil menangis kerana tak diberikan gula-gula, oleh itu beliau melakukan sesuatu yang lain dari yang lain dengan membawa 'BABI' ini masuk parlimen melalui ucapannya.
Apa jua niat beliau, semua orang hanya berfikir satu perkara sahaja...banyak akronim lain boleh di ungkapkan bagi mengambarkan projek Babi tapi bila di sebut akronim PKR maka jelaslah niatnya untuk perlekehkan Parti KeADILan Rakyat.Bagus juga beliau bangkitkan hal ini, kerana secara tak langsung akhirnya beliau telah memalukan Umno dan BN khususnya bila YB. Mahfuz membalas akronim itu dengan BN yang diajuk sebagai 'BABI Negara'. Padan muka puak-puak ini. Pastinya selepas sidang itu akan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang benci pada Pemuda dan seluruh ahli Umno.
Jika Hishamuddin terkenal dengan adegan julang keris...sekarang Khairy akan lebih terkenal lagi dengan anekdot 'BABI Negara', hadiah berharga buat beliau dan Pak Mertua lantaran keceluparan mulut beliau. Dulu ramai orang gelarkan beliau sebagai Beruk kerana suka panggil orang lain Beruk....sekarang, dah Upgrade dan ada sesetengah pembaca blog dan rakyat diluar sana yang memanggilnya sebagai Ahli Parlimen BN (Babi Negara).
Walau apa pun hujah beliau, rakyat kini semakin faham bahawa perangai buruk Babi yang hanya pentingkan diri tanpa memikirkan persekitarannya telah menjangkiti pemimpin muda BN yang dimulai oleh Khairy. Khinzir atau babi memang haram, tapi menyebutnya tidaklah haram. Cuma cara dan bagaimana ianya disampaikan pastinya akan memberikan impak yang berbeza. Dan apa yang dilakukan oleh Khairy ini sudah diluar batasan dan kalaulah Babi itu ada perasaaan, pastinya mereka akan kecil hati dengan sikap Khairy ini yang menjadikan mereka sebagai bahan lawak bodoh di Parlimen.
Selepas ini beliau seharusnya berbincang dengan Babi-babi yang diternak di kawasan beliau sebelum membawa isu Babi ke Parlimen agar tidak menyusahkan keturunan Babi dinegara ini. Teringat lagi pesan guru masa di sekolah menengah dulu, "Kalau kita nak jadi orang yang dihormati, maka belajarlah dulu menghormati orang lain"...maka bila Khairy sudah tidak menghormati pimpinan lain dan juga Institusi Parlimen, maka selayaknya beliau dihumbankan ke kandang Babi sahaja kerana disitulah tempat terbaik bagi mereka yang menuntut ilmu kurang ajar versi Babi :v
No comments:
Post a Comment