Jarang orang ramai mahu memuji PDRM. Tetapi semalam pihak Polis Selangor telah membiarkan penduduk BMC memecahkan bongkol bongkol konkrit dan membuka laluan pintas tersebut. Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar telah berada disitu pada jam 7.30 pm untuk memastikan keselamatan penduduk penduduk yang sedang memecahkan halangan yang dibina oleh Grand Saga. Beliau memberi amaran kepada Grand Saga agar tidak membina halangan itu semula.
Ini lah pertama kali aku lihat pihak Polis menyebelahi rakyat marhaen dan tidak memihak kepada Penguasa yang zalim. Aku pasti tindakan Ketua Polis Selangor yang berada disitu adalah dengan arahan Kerajaan PKR Selangor.
Syabas kepada PDRM.
No comments:
Post a Comment