Ramai daripada kita yang terlalu berminat menjamu selera di restoren hotel 5 bintang. Maklumlah, ada klas dan lazat kata mereka. Kegilaan ini menjadi-jadi apabila tibanya bulan ramadhan. Jemputan berbuka puasa menjadi satu tren masakini dan di restoren ini dijadikan tempat untuk 'membalas dendam' dan 'melayan nafsu' makan. Ulamak ulamak tidak menggalakkan kita kesana kerana bukan sahaja kita membazir wang tetapi kita tidak mengidupkan suasana dan spirit bulan ramadhan yang sebenarnya. Walaupun banyak nasihat diberikan, orang orang Islam masih degil, terus mengunjungi restoren hotel 5 bintang kerana melayan nafsu dan satu 'in thing' buat mereka pada bulan ramadhan.
Tetapi tahu kah kita bahawa bukan semua restoren tersebut mempunyai pengiktirafan sijil halal oleh Jakim? Boleh dikira dengan jari restoren yang mempunyai sijil halal Jakim tersebut.
Pada satu ketika dulu, saya pernah melawat beberapa restoren 5 bintang untuk memeriksa sendiri keadaan dapur mereka dan memuaskan hati sendiri kerana pada ketika itu saya dipertanggung jawab menganjurkan jamuan untuk 1000 orang. Apa yang saya lihat terlalu mengerunkan! Keadaan dapur di kebanyakkan restoren hotel 5 bintang sangat menjijikan kerana mereka mencampur adukkan pinggan mangkuk yang digunakan untuk hidangan khinzir dan makanan lain, masakan pula dimasak oleh chef bukan Islam yang menggunakan wine dan masakan khinzir disediakan bersebelahan dengan masakan yang kononnya halal. Kuali, periok belanga dan perkakasan memasak dikongsi untuk masakan makanan khinzir dan lain lain.
Baru baru ini kita digemparkan dengan pengakuan dua orang chef melayu yang pernah bekerja di restoren hotel 5 bintang yang mengaku perkara perkara tersebut memang berlaku.
Sila baca di sini.
Sebelum bercadang untuk menjamu selera, jengoklah sebentar jika restoren mempunyai sijil halal Jakim. Kalau dibulan ramadhan, adalah lebih baik untuk kita berbuka puasa dirumah atau dimesjid, berbukalah secara sederhana, tidak membazir dan tidak terlalu melayan nafsu. Penat saja kita berpuasa tanpa mendapat apa apa ganjaran. Sama samalah kita hidupkan spirit bulan ramadhan al Mubarak yang akan datang nanti, insyallah.
Allahualam..........
No comments:
Post a Comment