Awas!!! hari Rabu 17 Ahli Parlimen BN Menyertai Pakatan…
Info Dipetik : Agenda Daily 11 Mei 2008
GEMPAR: Seramai 17 Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir pasti akan menyertai pakatan pembangkang, Rabu ini.
Menurut sumber yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak dipercayai, perkara itu bukan lagi perang saraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebaliknya satu perkara akan menjadi kenyataan.
Malah menurut sumber itu, seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang bergelar Tan Sri dikatakan terlibat di dalam urusan antara Anwar dan para Ahli Parlimen yang berkenaan.
Sumber itu menjelaskan, majoriti dariapda 17 Ahli Parlimen BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah dari Sabah.
Sebelum ini beberapa maklumat yang diperolehi, Anwar semasa berada di Hong Kong telah mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen BN termasuk seorang Presiden sebuah parti komponen BN Sabah.
Anwar juga sebelum ini dilaporkan memberikan bayangan bahawa pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan yang baru paling lewat 16 September depan bersempena dengan hari penubuhan Malaysia.
Anwar sejak pilihan raya umum lalu telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berhubung adanya Ahli parlimen BN yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai beliau membentuk kerajaan baru.
Dakwaan yang dibuat Anwar itu menjadi bualan yang akhirnya mula dikhuatiri akan menjadi kenyataan ekoran prestasi BN yang buruk selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga.
No comments:
Post a Comment