SEMUA pihak menanti peristiwa bersejarah dalam negara iaitu penghijrahan beramai-ramai ahli Parlimen BN untuk menyertai pembangkang. Apa yang dibayangkan Anwar Ibahim tidak mustahil berlaku; iaitu terdapat 30 ahli Parlimen menyatakan kesediaan untuk bersama Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan Malaysia baru. Tengku Razaleigh Hamzah dan Mahathir Mohamad juga tidak mudah menolak dakwaan itu. Mereka berdua tidak merasakan dakwaan itu sebagai karut melainkan ia perlu dibimbangi oleh BN dan Umno. Terbaru Najib Razak juga sudah terkena sindrom takutkan kepada peristiwa itu. Dalam satu majlis beliau memberi ingatan kepada ahli-ahli Parlimen BN agar jangan khianat parti. Apa dan kenapa Najib berkata demikian?
Diantara ahli ahli politik tanah air, hanya Anwar dan Mahathir saja yang berkaliber dan berupaya untuk merancana satu pelan strategi politik. Apa yang kita dapat lihat sekarang ialah perang saraf diantara kedua-dua mereka. Mereka berdua adalah Master Strategist.
Apakah Pak Lah sudah terhidu beberapa pertemuan sulit antara beberapa MP dengan Anwar atau wakilnya beberapa hari lalu. Bagaimana pun dalam menanti saat bersejarah itu orang ramai perlu berhati-hati dan tidak payah gopoh menerima apa juga berita mengenainya. Mereka jangan pula sampai terperangkap dengan berbagai teori hantu mengenai kemungkinan perisitiwa itu berlaku. Bermacam-macam teori kini dibentangkan kepada umum berhubung perkara berkenaan.
Dalam pada itu pihak BN juga dikatakan sedang membuat berbagai persiapan bagi menghalangnya kemungkinan ada MPnya akan berhijrah. Langkah ini termasuklah menyebarkan khabar angin bertujuan untuk menghilangkan keyakinan orang ramai mengenai kemungkinan itu. Salah satu taktik ialah dengan memberi tarikh-tarikh tertentu mengenai perhijrahan itu.
Terbaru heboh disebarkan kononnya pada Rabu hadapan, 17 ahli Parlimen akan menyertai Pakatan Rakyat. Seorang bergelar Tan Sri dipetik sebagai sumber khabar berkenaan. Jelas berita ini hanya rekaan semata-mata dan satu strategi untuk menghilangkan keyakinan orang ramai berhubung dakwaan berkenaan. Adalah dipercayai selepas Rabu ini akan ada pula tarikh-tarikh baru yang akan disebarkan kepada umum. Matlamat mereka ialah untuk memberi gambaran kepada umum bahawa berita atau kemungkinan berlakunya dakwaan Anwar itu hanya bohong semata-mata.
Mengenang teori ini teringat kita kepada teori bagaimana Ku Li akan menjadi PM. Ianya dicanang sejak bertahun lalu dengan penuh suspen dan sistemetik, bagaimana pun ianya berakhir dengan putih mata. Sebenarnya bila penghijrahan itu akan berlaku tidak siapa ketahui. Cuma kalau pun kini ada ialah rundingan dengan beberapa pihak tertentu dari pihak Anwar dan juga dengan beberapa ahli Parlimen. Itu sahaja dan ia masih dalam peringkat awal.
Kepada rakan rakan ku yang ingin melihat terbentuknya kerajaan baru perlulah bersabar dan jangan mudah terpanggil dengan berbagai sebaran dan teori-teori hantu. Allahualam.
No comments:
Post a Comment