29 May 2008

Ezam yang 'insaf' masuk UMNO

Ramai yang sedih dan kecewa apabila Ezam menyerahkan permohonan menjadi ahli UMNO kepada AAB semalam. Sedih bukan sebab masyarakat kehilangan saorang pejuang, tetapi sedih kerana melihat seorang pemuda kehilangan prinsip yang selama ini diperjuangkan.

Sebelum ini Ezam sanggup masuk penjara kerana memperjuangkan prinsip keadilan bersama PKR. Aku melihat sendiri macamana porak perandanya rumahtangga beliau semasa zaman reformasi. Aku kenal keluarga dia dan sama sama terharu apabila beliau ditangkap oleh polis dizaman itu. Apabila Anwar dipenjarakan, Ezamlah yang telah menjadi tulang belakang PKR, membina PKR bersama Dr Azizah. Tetapi kenapakah beliau meninggalkan Anwar dan sekarang menjerumuskan diri kedalam tong najis. Ini adalah sama episod yang pernah dilalui oleh Anwar dahulu. Dan beliau tidak belajar langsung dari sejarah tersebut.

Adalah difahamkan AAB akan 'menganugerahkan' senatorship kepada beliau dan beliau akan dilantik untuk mengetuai satu GLC. Semua tahu, tiada siapa yang akan masuk UMNO tanpa ganjaran. Lihatlah Firdaus, Ruslan Kassim dan Nakhaei, yang hidup mewah apabila masuk UMNO. Apakah salahnya juga jikalau nombor keahlian Mahathir, 00000001 diberikan kepada Ezam?

Ezam sebenarnya telah tersilap perhitungan. Jikalau beliau masih didalam PKR, tentulah beliau akan dipanggil sebagai "Yang Berhormat' sekarang ini. Setelah keluar dari PKR, gerakan 'Gerak' yang diketuai nya tidak langsung mempunyai impak dalam sosio politik Malaysia. Tidak ramai yang kenal siapa itu 'Gerak'. Selagi beliau tidak aktif didalam kancah politik, nama Ezam akan tenggelam dibaham zaman. Untuk masuk semula kedalam PKR tentulah beliau akan dicop sebagai bacul.

Dulu macam macam perkataan buruk dilontarkan kepada UMNO. Sekarang beliau perlu menjilat semula muntah muntah tersebut. Ramai yang tidak mengerti mengapa beliau boleh melakukan perkara sejijik itu.

Ini lah yang terjadi jika prinsip perjuangan dan ketahanan diri tidak kukuh dan matap.



No comments: