08 June 2008

Sanusi enggan undur


Tingkat 4 disyaki dalang fitnah aduan BPR dan sebaran e-mel

Tan Sri Sanusi Junid, Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini mengadakan satu sidang akhbar ekoran suara-suara menuntut pemecatan beliau kerana mengundur dari keahlian dalam UMNO, "buat sementara".

Beliau tidak berhasrat untuk undur dan tidak merasakan ada masaalah dengan Tuanku Sultan Pahang. Malah, beliau memberi contoh Dato Idris Jala dilantik Pengarah Urusan MAS, walaupun bukan ahli UMNO.

Menurut perlembagaan UIA, jawatan beliau hanya boleh dikosongkan jika beliau meletak jawatan atau digugur oleh Ketua Perlembagaan UIA, DYMM Sultan Pahang atas nasihat ketua ahli Tuan Rumah, Perdana Menteri Malaysia.

Politik

Ditanya samada beliau sepatutnya mengundur kerana beliau telah mengkritik pucuk kepimpinan UMNO, Sanusi berkata "kamus UMNO tidak ada kata tidak boleh mengkritik".

Menurut Sanusi, tuntutan ini mungkin juga timbul kerana beliau tidak menghadhirkan diri di Majlis Ulangtahun ke 25 UIA yang dihadhiri oleh Abdullah.

Beliau menerangkan beliau tidak mahu Perdana Menteri terasa malu, jika pujiannya kepada Dr Mahathir menerima tepukan penonton dan memalukan Perdana Menteri. Wakilnya pula tidak dibenarkan berucap untuk menerangkan ketiadaannya.

Pada Jun 1hb, 2008, YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Khalid Nordin dilaporkan oleh akhbar perdana berkata tiada sebab beliau harus berhenti, melainkan jika kedudukkan itu digunakan untuk tujuan politik peribadi.

Sanusi yang tempoh jawatannya telah dilanjutkan hingga ke tahun 2010 oleh Perdana Menteri, melihat tidak ada sebab untuknya memperkecilkan matlamat UIA yang bersifat global dengan alat politik peribadi.

Kata beliau, UIA bukan tempat untuk politik kepartian, tetapi untuk mengkaji dan mempelajari "ilmu politik".

Fitnah

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau menerangkan dengan panjang lebar peranan UIA yang telah dapat dikembangkan, termasuk penubuhan IIUM Holdings Sdn Bhd ((IIUM).

IIUM telah ditubuhkan untuk menjadi pengumpul dana keuntungan bagi tujuan membantu pelajar-pelajar dari negara lain dan juga membiaya perbelanjaan Universiti.

Sejurus selepas beliau, membantu kempen pilihanraya Dato Mukhriz Mahathir di Jerlun, beliau memberitahu ada laporan kepada BPR telah dibuat terhadapnya. BPR telah masuk menyiasat IIUM dan mendapati tiada sebarang kesalahan.

Beliau amat kesal dengan usaha berniat jahat ini. Setelah gagal, pihak yang telah mengadu telah membuat fitnah melalui sebaran e-mel dan terpaksa beliau meredakan kebimbangan pensyarah-penyarah, dan ahli-ahli Majlis UIA yang terdiri dari duta-duta dan cendikiawan.

Menurut beliau, aduan kepada BPR ini dirasakan mempunyai motif politik. BPR jatuh di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri. Kemungkinan besar, usaha jahat ini didalangi oleh Tingkat 4 yang diketahui ramai di Jerlun terlibat untuk sabotaj kempen Mukhriz.

Sanusi menjelaskan IIUM diurus secara profesional dan telus dengan Pegawai Ketua Eksekutif dan Lemabaga Pengarah adalah terdiri dari mereka-mereka yang berwibawa, berpengalaman dan berreputasi yang baik.

- Another brick in the wall

No comments: