Selama 10 tahun Ezam telah keluar dari UMNO. Beliau dan Wan Azizah telah menubuhkan PKR, antara lain bertujuan untuk membebaskan Anwar. Beliau telah dikenakan ISA dan dua tahun sanggup merengkuk didalam penjara untuk mempertahankan prinsipnya. Tetapi kenapa sekarang beliau telah berubah dan sanggup terjun kedalam parti yang sebelum ini dia copkan sebagai Parti Najis?
Ezam dikatakan keluar dari PKR kerana tidak sehaluan dengan Azmin. Adakah semudah itu sesaorang keluar dari parti yang ditubuhnya kerana alasan yang tersangat remeh? Adakah beliau merajuk tetapi tidak dipujuk oleh Anwar yang dikatakan lebih rapat dengan Azmin? Hanya Ezam sahaja yang tahu sebab sebenar jambatannya dibakar.
Ezam berkata kemasukkannya ke dalam UMNO adalah kerana beliau percaya dengan reform yang dilaksanakan oleh Pak Lah. Betul ke Ezam?
Orang UMNO tak semudah itu membuka laluan senang kepada Ezam. Mereka masih ingat semua perkataan buruk yang dilemparkan dulu. Mereka masih ingat si Ezam yang menjadi hulubalang PKR yang memperlagakan orang orang UMNO. Dan mereka masih ingat Ezam masih memegang enam kotak yang dikatakan bukti bukti rasuah pemimpin UMNO.
UMNO sekarang adalah terlalu lemah. Kalau tidak kerana kekalahan teruk pada PUR12, takkan Ezam semudah itu dibenarkan masuk UMNO. Kalau UMNO masih kuat, tentunya Ezam akan dihantar ke Guatanamo Bay UMNO untuk debriefing and interrogation.
Untuk membuktikan kesetiannya kepada Boss baru, didalam Mingguan Malaysia, beliau telah mengkritik Anwar, dengan mengatakan Anwar adalah saorang chamaleon (dah banyak kali kita dengar) dan membidas Wan Azizah yang terperanjat dengan kemasukkan beliau kedalam UMNO.
UMNO akan menggunakan Ezam untuk memperangi PKR dan Anwar. Puak UMNO beranggapan bahawa Ezam akan menjadi senjata sulit mereka untuk menentang PKR. Mereka dihantui oleh bayang bayang Anwar PM-in-Waiting. Ezam tidak sedar bahawa dia diperalatkan oleh UMNO untuk tujuan mereka sendiri.
Benar betul pepatah Inggeris, 'A Snake by any other name is still a snake'. :O

No comments:
Post a Comment