06 June 2008

Janji BN Tinggal Janji

Sebelum PUR12, rakyat dijanjikan bahawa harga petrol tidak akan naik. Pak Lah berjanji begitu dan Najib pun bercakap yang sama. Lebih setengah daripada rakyat Malaysia telah mengangkat BN sebagai kerajaan diatas janji janji itu. Nah, tak sampai tiga bulan selepas PUR12, harga petrol dinaikkan sebegitu rakus.

Kita difahamkan bahawa kabinet telah berbincang selama 4 jam mengenai keputusan menaikkan harga minyak. Adakah cukup 4 jam untuk membuat satu keputusan yang sebegitu besar impaknya kepada rakyat? Ahli kabinet tidak akan merasa keperitan yang akan dirasai oleh rakyat. Semua keperluan hidup mereka beres ditanggung oleh rakyat. Kos petrol kereta mereka dibayar oleh rakyat.

Dalam wawancara Buletin TV3 (8.00 malam 4/6/2008) Dato’ Shahrir Samad memberitahu tujuan sebenar mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk menampung kos pembangunan Negara. Inilah jawapan paling ikhlas Dato' Shahrir berhubung kenaikkan harga minyak. Apakah hasil minyak semata-mata digunakan untuk menampung kos pembangunan yang mega dan terlampau.

Pembangunan Negara pula akan dilaksanakan oleh kroni kroni mereka. Akhirnya yang mengaut keuntungan sebenar ialah para para kroni mereka dan bukannya rakyat. Apakah yang menguntungkan rakyat apabila terbinanya Masjid Kristal, Iskandar, Super Corridor dan lain lain projek mega? Apa gunanya kalau rakyat dapat bermegah megah, tetapi kocek kosong!

Kenaikan petrol dan diesel tentunya akan menyebabkan semua barang barang keperluan harian naik. Pak Lah berseronok bercerita mengenai pengurangan subsidi dan pemberian Rm625 dan Rm 150, dan beliau berasa sebagai satu kemenangan apabila berbillion duit dapat di 'selamatkan'.

Apakah jadahnya terjadi kepada rakyat miskin yang tidak menggunakan kenderaan bermotor? Orang orang kampung yang miskin terpaksa menanggung kenaikkan harga barang barang keperluan hidup harian. Mereka tidak ada bersangkut paut pun dengan subsidi petrol, tetapi terpaksa menanggung tempias tempias pembuangan subsidi.

Keputusan kenaikan harga petrol telah dibuat secara terburu buru dan terlalu membebankan rakyat. Ini bukan kerajaan yang berperihatinkan rakyat tetapi adalah satu kerajaan yang zalim.

Rakyat berharap pada 16 September ini, janji janji Anwar dapat ditunaikan.

No comments: