07 June 2008

Atikel anak Tan Sri Sanusi membela ayahnya.

Melindungi UIAM Dari Gejala Politik Dan Hadhari

Pada hari Khamis, 5 Jun 2008, Tan Sri Sanusi Junid mengumumkan kepada media arus perdana dan media alaf baru akan niatnya untuk turut kekal sebagai Presiden UIAM. Sudah tentu tindakan beliau mengecewakan pihak-pihak tertentu yang giat mencanangkan pemecatannya dan sekelompok yang mengesyorkan pengundurannya secara senyap.

Yang menarik sekali adalah bagaimana TS Sanusi merujuk kepada pendapat Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khalid Nordin, bahawa beliau tidak perlu berundur dari jawatan Presiden UIAM asalkan kedudukannya tidak digunakan untuk politik. TS Sanusi juga menjelaskan bahawa DYMM Sultan Pahang sahajalah boleh memecat Presiden UIAM atas nasihat Perdana Menteri... nasihat Pak Lah sendiri lah ya, bukan mana-mana anasir dari tingkat 4!

Saya sendiri lega dengan keputusan tersebut kerana UIAM insya'Allah akan kekal terselamat dari gejala politik dan dakyah Islam Hadhari buat seketika lagi.

Pada masa yang sama, Tan Sri Sanusi juga menyatakan kesediaannya untuk disiasat Biro Pencegah Rasuah (BPR) bila-bila masa kerana beliau tiada apa-apa untuk disembunyikan. Beliau mengulas sikit tentang perkara ini kerana perasaan kurang puas hatinya terhadap tindakan Tingkat 4 menghatar BPR untuk menyiasat IIUM Holdings sejurus selepas TS Sanusi mula berkempen untuk Mukhriz di Jerlun para PRU-12.

Alhamdulillah, siasatan BPR telah mendapati tiada korupsi di IIUM Holdings mahupun ada juga orang yang tidak putus-putus mewarwarkan fitnah mengenainya. Mungkin adanya musuh sejahat ini adalah lumrah hidup ahli politik, walau yang 'bekas'. Tetapi yang membimbangkan adalah bagaimana usaha menolak BPR ke IIUM Holdings kelihatan disubahati Tingkat 4, mungkinkah ini juga berlaku tanpa pengetahuan Pak Lah?

Setidak-tidaknya, saya sendiri semakin membanggai Ayah saya TS Sanusi yang ingin terus kekal berbakti di UIAM sambil melanjutkan tradisi ketua-ketua IPTA dahulu yang begitu lantang menegur dan kritikal terhadap kerajaan, seperti Ainuddin Wahid dan Engku Aziz. Dan mereka juga dahulunya kritikal dari luar UMNO namun berjaya sesekali mengubati sedikit masalah Melayu dan parti.

Usaha membuang kanker dan parasit dari UMNO memerlukan suara lantang yang semakin menyaring dari IPTA seluruh negara... tak kira lah ahli UMNO ataupun tidak...

- Akhramsyah Muammar Ubaidah Bin Sanusi

2 comments:

Anonymous said...

Since taking over as President of UIA, Sanusi Junid certainly has miserably failed to put UIA among the 200 Universities World Ranking; let alone making UIA the Top 3 or Top 5 of Muslim Universities.

It is about time he steps down and let truly capable Scholar-Administrator to bring UIA as among the world best Muslim University.

There are hundreds if a thousand of extremely excellent and capable Muslim Scientists, Technologists, Scholars in the USA-Canada and Europe and other Muslim countries who MUST be invited to lead UIA.

UIA does not need has been Politician whose scholarship and university administration are found wanting.

KAUST even appoints a Chinese ex-NUS Professor to be their President designate in 99% Saudia.

Minister of Education and Pak Lah get real and get rid of Sanusi.

Anonymous said...

I totally agree with you. I have many friends lecturing in UIAM,and they all voiced their criticism 'quietly'.TSS ruled UIAM like an iron fist and any dissenting voice will be dealt accordingly.There are lots of dissatisfaction among them. Hopefully he will quit UIAM soon.