12 June 2008

Hasil minyak: Negara bertambah kaya, kenapa rakyat makin terbeban


Kenaikan harga minyak pasaran dunia menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar petroleum mendatangkan pendapatan lumayan dan menjadikan negara kaya sebaliknya kenapa dibebankan kenaikan harga minyak kepada rakyat, kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Sebab apa kita nak naik. Naik sepuluh dolar satu tong pendapatan negara meningkat 10 bilion ringgit bukan kita lagi miskin kita lagi kaya.

"Kita jual lebih banyak naik harga pendapatan bertambah. Kita jual barang keluaran negara kita kita jual durian contohnya. Bukan setakat kita eksport durian harga jadi 100 peratus dahulu RM5 sebiji naik RM10 sebiji pendapatan kita bertambah.

"Sudah pendapatan bertambah bagi negara bukan rakyat yang jual negara yang jual pendapatan dia meningkat sebaliknya rakyat kena beban. Ini dia pemikiran politik pemimpin Umno sekarang.

"Sebab itu lagi cepat kita turunkan Umno lagi selamatkan rakyat dalam negara kita,jelasnya ketika berceramah di Taman Keramat Au2 di sini, baru-baru ini. Hadir sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Dr Shaari Sungip.

Anwar menyifatkan kenaikan harga minyak Malaysia merupakan satu kejutan besar kerana tidak ada negara yang berani menaikkan harga minyak sehingga 78 peratus, malah Malaysia adalah negara pengeluar minyak.

"Kita bukan Indonesia, Singapura atau India. Kita negara pengeluar minyak. Saya baru balik dari Filipina melawat Aquino sakit kerana barah. Semua kawan kita pun terkejut kenapa Malaysia terikut dalam masalah harga minyak kerana dia negara pengeluar minyak," kata Anwar.

Tambah Anwar, "Bila kita tanya..dia kata...ooo.. ini tidak boleh sebab ini sahaja harapan nak bela nasib orang Melayu. Saya nak tanya pemimpin Melayu apakah selamat kita dibawah pemimpin Umno sekarang."

Kata beliau, sebagai langkah mengangkat martabat orang Melayu sebagaimana yang dituduh oleh Umno kepada KeADILan sebagai pengkhianat bangsa Melayu, sebaliknya Unmo menurunkan harga minyak.

"Hanya dengan ini dapat mengangkat martabat Melayu, jika tidak Melayu pun ranap dan begitu juga bangsa lain Cina dan India.

"Angkat orang Melayu naik harga minyak. Orang Melayu ranap, Cina ranap, India ranap. Kontrak bagi anak-anak kamu. Saham bagi menantu kamu. Pemimpin Umno melimpah kekayaan dedahkan semua kedudukan harta kamu anak kamu akaun bank dalam dan luar Negara. Ikhlas kamu bersih kami pertahankan kamu.

"Kita tidak musuh kekayaan mereka. Kita jawab ini kerana mereka tuduh kami khiant orang Melayu. Jangan tertipu maianan politik mereka," ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan sikap rakyat yang memilih secara aman sehingga kenaikan harga minyak tertinggi di dunia dan harga minyak tertinggi berbanding negara pengeluar minyak yang lain.

"India kalu naik 10 atau 12 peratus, mereka sudah bergolak satu India. Kita sekaligus naik 70 peratus pemimpin yang tidak berperikemanusiaan.

"Kalau pemimpin kaya pekerti dia tahu bagaimana rakyat hidup buruh kasar pendapatan RM800 ke RM1200 sebulan, guru sekolah rendah bayangkan pendapatan RM1200 dengan anak enam dan dengan kadar minyak seperti ini memang bebankan nasib rakyat kita.

"Saya tidak anggap ini isu politik semata-mata. Tidak ada makna kita menjadi pemimpin kalau tidak prihatin nasib rakyat.

"Saudara boleh sabar jimat belanja. Jangan beli dan makan apa-apa yang kamu (pemimpin) makan kedarah yang sedap,"tambahnya lagi.

No comments: