29 July 2008

SAIFUL KENA CACING KERAWIT!

Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar. Ramai kanak kanak yang tinggal dikampung selalu kena gatal gatal dibahagian situ tetapi apabila diberikan ubat cacing, selalunya simptom akan hilang. Penyakit ini adalah kerana budak budak kampong selalunya berkaki ayam. Dr Mohamed Osman Abdul Hamid sepatutnya memberikan saja ubat cacing kepada Saiful.

Kita masih teringat kesah Umi Hafilda, sebab cinta dia ke Anwar Ibrahim tak berbalas sanggup dia fitnahkan kakak ipar dia sendiri. Teringat kita kepada peribahasa Inggeris 'Hell hath no fury like a woman scorned'.

Tetapi apa kah jadahnya dengan Saiful? Adakah cintanya juga kepada Anwar tidak berbalas? Tidak ada peribahasa 'Hell Hath no fury like a MAN scorned'? Tetapi Orang German mempunyai satu terma, 'schadenfreude' - iaitu mendapat kepuasan dari kesengsaraan orang lelaki lain. Apakah Saiful mempunyai peribadi schadenfreude ini?

Saiful adalah saorang 'dropout', tetapi mempunyai cita cita yang tinggi. Saiful pun menginginkan apa yang diidamkan oleh manusia lain iaitu Kuasa dan Kekayaan. Apakah jalan pintas untuk mendapatkan semua itu, serta dihormati dan disanjung oleh manusia lain?

Sekarang satu dunia tahu siapa sebenarnya Saiful. Saiful biarkan diri beliau di-'tunggangi' oleh musuh Anwar.

Anwar perlu berhati hati kerana walaupun beliau merancang untuk menjadi PM didalam masa terdekat ini, musuh musuh beliau, maupun yang dikenali atau didalam selimut, kini sedang merancang dengan rancangan rancangan yang lebih dahsyat untuk menjatuhkan beliau.


No comments: