Penganjur perhimpunan protes 08 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya baru baru ini mengharapkan satu juta rakyat memprotes kenaikan harga minyak. Malangnya tak sampai 10,000 yang hadir. Perhimpunan tersebut juga diharapkan sebagai tanda aras sokongan rakyat terhadap DSAI. Sangkaan mereka meleset sama sekali.
Orang ramai nampaknya lebih berminat untuk menyaksikan pertandingan bola sepak diantara Selangor dan Singapura. Mereka lebih asyik menyaksikan lenggokan Mas Idayu dan berkhayal dengan suara serak basah Ella di Stadium Shah Alam.
Adakah ini petanda sokongan kepada DSAI semakin merudum?
Anwar kini tertekan dengan kes 'sodomi part 2' dengan Saiful. Walaupun Anwar tetap melaungkan slogan 'lawan tetap lawan', kes ini sedikit sebanyak akan mengikir persepsi baik orang ramai terhadap beliau. Ramai yang tertanya tanya kenapa Anwar tidak menghindarkan diri dari di fitnah? Adakah beliau tidak belajar dari pengalaman lampau, dimana beliau bergelut bertahun tahun untuk melepaskan diri dari tuduhan 'sodomi part 1' itu?
Beliau mengelar diri sebagai 'Pm-In-Waiting' dan minggu demi minggu beliau menjanjikan jumlah katak katak yang akan melompat ke PKR. Baru minggu lepas sahaja beliau mengatakan 4 MP termasuk 2 dari UMNO yang akan meninggalkan BN, selepas tuduhan sodomi terhadap beliau dilemparkan. Sehingga kini satu bayangan katak pun tidak kelihatan. Semua ini akan menjejaskan kredibiliti Anwar dan PR sebagai alternatif kepada BN.
Ramai yang merasakan Anwar hanya omong-omong kosong sahaja. Tidak ada MP sebenarnya yang akan melompat ke PKR. Wakil SAPP yang belot pun masih kekal di BN.
Memang setiap 10 tahun ombak akan menyebabkan pasir berubah, tetapi ombak itu tidaklah sekuat mana untuk merobohkan kota pasir BN.
No comments:
Post a Comment