02 August 2008

Rupanya si Ezam nak jadi YB juga!


Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Ezam sanggup bertanding melawan Anwar di Permatang Pauh. Ini adalah kali kedua Ezam menyatakan hasratnya untuk bertarung dengan Anwar. Baru sahaja beberapa bulan terjun kedalam tong najis dan Ezam sudah bercita cita untuk menjadi saorang YB?

Adakah tidak marah puak puak UMNO lain, yang berkurun kurun lamanya menunggu giliran untuk menjadi calun dalam pilihan raya, dan tempat mereka akan dirampas oleh saorang hingusan?

Tidak kah Ezam mempunyai maruah dan tidak malu muka, hidung tak mancung pipi pulak tersorong-sorong, mahu mencalunkan dirinya untuk bertanding.

Wahai Ezam, awak bukanlah lawan Anwar.

Adalah lebih baik diamkan diri dari disangkakan sebagai saorang tolol dan kaki bodek UMNO.

No comments: