20 August 2008

'Lagikan Naga kita dah lawan, inikan pula cicak-mengkarung' - Anwar



"Lagikan Naga kita dah lawan, inikan pula cicak-mengkarung" sambut Anwar apabila menemplak Ezam yang sedang bermati-matian memburukkan beliau di Permatang Pauh. Ezam yang ketika ini sedang hebat berkempen untuk Arif Shah hanya dapat menarik 200-250 orang didalam ceramah-ceramahnya.

Didalam ceramahnya Ezam telah meminta Anwar untuk membongkar kesemua enam kotak bukti bukti perilaku rasuah pemimpin UMNO, tetapi yang peliknya selama ini beliaulah yang membebel mempunyai simpanan kotak kotak tersebut yang kini dikatakan disorok di Indonesia.

Kenapa tiba tiba sekarang beliau pula menuduh Anwar yang memilikinya! Bukan kah itu saja modal yang bertahun tahun dijaja dan dimomokkan terhadap UMNO, kononnya beliau akan membongkarkan perilaku rasuah mereka bila sampai saatnya?

Dalam usaha untuk menampakkan diri beliau sebagai seorang hero dan balachi kepada UMNO, bermacam macam tuduhan dilemparkan kepada Anwar, walaupun tidak ada bukti yang diutarakan. Isu kroni dan pemberian projek kepada kontraktor berwibawa adalah isu isu yang sudah basi. Semua tahu bahawa itu adalah polisi Mahathir yang cuba melonjakkan beberapa kerat Kontraktor Melayu dengan pemberian projek nego semasa era beliau dahulu. Apabila Anwar mencabar Ezam untuk menamakan kroni beliau, Ezam masih berdiam diri sehingga kini.

Tidakkah dulu pernah Ezam bersumpah keramat tidak akan memasuki UMNO biar pun beliau mati hidup semula?

Pengundi Permatang Pauh akan memberi pengajaran yang tak ternilai kepada Ezam sedikit masa lagi. Beliau tidak akan lupa pengajaran itu nanti, walaupun mati hidup semula !

Tunggu dan lihatlah.

No comments: