Tiada siapa yang dapat mengagak apa akan jadi dengan kemelut di Perak sekarang ini. Tidak pernah terjadi dua MB beradu di gelangang politik Negeri Perak diwaktu yang sama. Bak lirik Lefthanded lagu maya pesada, Nizar saperti 'menggengam teguh ikrar cinta bak mahkota meskipun badai melanda'.
Itulah Nizar, Hang Jebat zaman ini, sanggup menderhaka kepada Sultan kerana prinsip dan keadilan.
Aku tidak heran dengan sikapnya itu. Aku pernah menuntut bersamanya semasa di UK didalam tahun 70'an. Kami sering berdialog tentang politik tanah air dan perjuangan Islam. Beliau tertarik dengan perjuangan Hassan Al Bana dan Syed Qutb.
Baginya perjuangan mestilah secara revolusioner dan bukan secara reformasi. Rakannya saperti Khalid Samad (sekarang YB) dan arwah Azim menjadi teras kepada grup 'Suara Islam' yang cuba menerapkan perjuangan Islam dikalangan pelajar pelajar melayu di UK pada zaman itu. Mereka kerap kali berdialog diforum bersama 'IRC', satu lagi grup yang memperjuangkan Islam secara reformasi. Beliau telah belajar 'public speaking' didalam sesi sesi dialog tersebut dan tengoklah sekarang, beliau sangatlah petah bercakap.
Didalam satu forum dialog dengan Dr Mahathir (ketika itu Menteri Pelajaran Malaysia) di Salford University Manchester UK dalam tahun 1979, beliau pernah mengkritik Dr Mahathir secara terbuka dipentas, iaitu tentang tindak tanduk kerajaan Malaysia yang menekan gerakan dakwah di Malaysia. Walaupun beliau berumur didalam lengkungan 18 tahun, beliau tidak gentar membidas Dr Mahathir dikhalayak ramai pada ketika itu.
Siapa sangka saorang pelajar hingusan 18 tahun yang berani berdiri menghentam Dr Mahathir pada zaman itu, telah menjadi Hang Jebat sekarang ini. Semuga Allah sentiasa dipihak yang benar. Amin
No comments:
Post a Comment