23 November 2008

Shah Rukh Khan dan Ali Rustam Khan

Mungkin Ali Rustam ingin menjadi terkenal di Bollywood. Penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan kononnya akan memperkenalkan Melaka kepada dunia India. Ini semua kerja Ali Rustam dan Daim Zainuddin.

Tetapi malangnya mereka ini ditemplak oleh bintang Bollywood itu. Apa ada pada gelaran Datuk Melaka? Jikalau diMalaysia mungkin kita terhegeh-hegeh apabila berjumpa dengan Datuk. Tetapi orang luar tak kesah dengan gelaran Datuk kita.

Pergilah Datuk naik kapal terbang British Airways, jauh panggang dari api jikalau peramugari orang putih tu nak bahasakan kita dengan panggilan Datuk. Bahasa yang biasa digunakan adalah 'Sir' kepada semua orang.

Kalau Ali Rustam betul bersungguh-sungguh untuk memberi penganugerahan kepada Shah Rukh Khan, cuba cari beliau ke tempat pengembaraan pelakon itu, terutamanya di India. Kemungkinan pemberian darjah boleh dibuat dibawah pokok semasa pelakon itu sedang berihat (itu pun kalau bodyguard beliau membenarkan).

Caranya serupa macamana Abby mencari Norman Hakim diset pengembaraan, dimana pemberita pemberita disuruh ikut sama! Rancangan ini mungkin berkubur kerana ada kemungkinan Yang diPertua Negeri Melaka tidak akan bersetuju. Walaubagaimana mereka semua boleh pergi ke Bollywood melancung dan ber-shopping dengan tajaan rakyat Melaka!

Tidak masuk akal ide pemberian Datuk kepada Shah Rukh Khan. Janganlah Ali Rustam dan gang memperkecilkan satu darjah yang tinggi nilainya disisi rakyat Malaysia dengan menganugerahkannya kepada orang yang tidak berhak. Ramai lagi rakyat Malaysia yang telah berjasa kepada negara yang lebih berhak. Fikir-fikirkan lah............


No comments: