
Yang paling mengejutkan sekarang ialah pertandingan Kak Pidah dan Kak Jat. Walaupun perjanjian telah dibuat, 'Ladies agreement' agar tiada pertandingan untuk Ketua Wanita, nampaknya mereka dah campak kesemua agreement tersebut kedalam tong sampah. Ini berlainan sekali dengan 'Gentleman's agreement' antara Pak Lah dan Najib. Begitulah orang-orang perempuan UMNO yang susah memegang kepada janji!
Tetapi apakah hikmah Kak Pidah yang masih ingin bertarung walaupun telah berjanji untuk menyerahkan pucuk pimpinan Wanita UMNO pada pertengahan 2009? Kak Kamilia pula bermain peranan sebagai 'spoiler' untuk menghambat Kak Jat berlawan dengan Kak Pidah. Kak Pidah pula menyatakan bahawa beliau akan terus memegang jawatan Ketua Wanita UMNO jika menang pertandingan ini untuk tiga tahun lagi! Ini bermakna keinginan beliau untuk berundur memberi laluan kepada orang lain hanya tinggal cakap-cakap sahaja! Ianya tidak beza dengan cakap-cakap Sami Vellu yang kita selalu dengar acap kali.
Sebenarnya tidak ada orang yang boleh menggantikannya dan mempunyai kaliber saperti Kak Pidah untuk menjadi Menteri MITI. Apabila Najib mengambil alih pemerintahan dari Pak Lah nanti, Najib akan ketandusan Menteri yang berkaliber. Menteri-Menteri senior yang ada sekarang semuanya menunggu dipencenkan sahaja dan kehadiran mereka sekarang didalam Kabinet langsung tidak memberi faedah kepada Negara. Najib memerlukan Menteri Menteri muda, yang dinamik dan yang mempunyai kecerdikan untuk membawa perubahan, ide-ide baru untuk membawa kejayaan kepada Kementerian kementerian yang mereka pimpin. Menteri Menteri yang ada sekarang adalah legasi Mahathir dan Pak Lah, dan mereka boleh dianggap saperti kuda tua yang perlu ditidurkan terus.
Keputusan Kak Pidah untuk melawan Kak Jat adalah dengan harapan beliau akan menang, dan terus memimpin Wanita UMNO untuk sepenggal lagi dan seterusnya dilantik semula sebagai Menteri MITI. Itu adalah perancangan Najib untuk mengisi jawatan Menteri berkaliber kerana semasa zaman Mahathir, Kak Pidah telah memainkan peranan yang besar untuk membawa banyak FDI ke-Negara kita ini, walaupun banyak skandal berkenaan permit AP disabitkan dengan beliau.
Kes kes tersebut telah dilupakan kerana mengenangkan jasa jasa Kak Pidah kepada Negara! Kalau Kak Pidah kalah, habislah riwayat beliau dan dia boleh berihat bermain dengan cucu. Jikalau Kak Jat tumpas, dia akan bekerja sebagai lawyer buruk semula. Kedua-dua senario itu akan menjadikan penyakit barah UMNO bertambah parah lagi.
Kita tunggu dan lihat.
No comments:
Post a Comment