24 November 2008

Raja Melayu dan Fatwa Yoga

Sabtu lepas, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Pengerusi, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin mengumumkan Majlis Muzakarah Kebangsaan (yang bersidang pada 22 hingga 24 Oktober di Kota Bharu) bersetuju memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur Yoga adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.

Semalam, Sultan Selangor berharap sebarang keputusan fatwa pada masa depan yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum sebaik-baiknya dirujuk kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan sebelum diumum, lapor Bernama.

Manakala, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak telah menarik balik gesaan beliau agar rakyat Perak yang beragama Islam tidak mengamalkan Yoga kerana beliau telah mendapat tegoran daripada Sultan Perak yang mengatakan bahawa ia bukan bidang kuasanya.

Kedua-dua Sultan nampaknya kurang bersetuju dengan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka mahukan fatwa tersebut dibincangkan terlebih dahulu dengan lebih teliti diperingkat Majlis Raja Raja.

Memang termaktub didalam perlembagaan bahawa adat istiadat Melayu dan hal ehwal agama Islam adalah dibawah naungan Sultan dan Raja-Raja Melayu, tetapi dengan mempersoalkan fatwa yang dibuat oleh ulamak ulamak didalam Majlis Fatwa Kebangsaan ianya menampakkan ketidak-arifan mereka tentang agama Islam.

Ini adalah satu fenomena yang merbahaya kerana apabila Raja Raja Melayu telah mula mempersoalkan integriti dan kebijaksanaan Majlis Fatwa Kebangsaan, maka hilanglah kredibiliti badan tersebut. Apabila kredibiliti hilang, maka kemanakah pegangan umat umat Islam di Malaysia apabila menghadapi kemelut dan persoalan agama di zaman moden ini?

Kita tabik Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu kerana mereka adalah kubu terakhir yang akan mempertahankan ketuanan agama Islam di Negara kita ini, tetapi dengan mempersoalkan kebijaksanaan alim ulamak kita, lambat-laun rakyat akan hilang rasa hormat dan sokongan kepada Raja-Raja mereka.

Semuga ianya tidak akan berlaku.

No comments: