Hanya tinggal satu dataran dihadapan Hilton untuk menampung jemaah yang ingin bersolat diluar Masjid. Sebelum ini dataran yang paling besar dihadapan New Safa Hotel telah dipecahkan kerana termasuk didalam projek Jabal Omar, iaitu rancangan pembesaran Mesjidil haram.Jemaah terpaksa datang awal ke Masjid jikalau tidak ingin bersesak sesak.
Foto diambil semasa jemaah menunggu iftar diluar Masjid.Oleh kerana kesesakan di Masjid, jikalau anda datang lewat, mana mana tempat kosong sudah memadai untuk bersolat. Kelihatan beberapa jemaah bersolat dikaki tangga Masjid.Dengan tempat sebegitu kecil, anda terpaksa belajar mengimbangi diri semasa bersolat.
Foto diambil pada jam 1.29 pm waktu Mekah (6.29pm waktu Malaysia). Walaupun matahari terik, masih terdapat 'diehard' melaksanakan tawaf walaupun suhu menjangkau 50'c. Kelihatan kawasan Kaabah kosong, sebenarnya tidak ramai yang boleh bertahan dicuaca sepanas itu.Rasanya saperti tinggal didalam sauna!
Lambakkan tikar sembahyang menandakan tempat tersebut telah di'booking' oleh setengah jemaah.Tidak siapa berani duduk disitu, untuk mengelakkan perbalahan, kerana tuannya akan datang untuk menuntut tempatnya nanti.
Kaum Wanita ramai bersolat didataran Masjid Nabawi kerana malas masuk kedalam Mesjid diwaktu malam. Bersolat dibelakang imam akan memperolehi pahala yang lebih besar, dan kita akan berebut rebut kedepan jika kita nampak pahalanya!
Kaum lelaki bersolat disebelah kanan dataran Masjid Nabawi.
Hanya diTanah suci Mekah dan Madinah kita dapat lihat manusia berebut rebut untuk bersolat kepada Allah.
No comments:
Post a Comment