Semasa Anwar Ibrahim memberi janji untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September, semua rakyat menunggu dengan rasa debar dan penuh pengharapan. Apa tidaknya, kerana sebegitu lama kerajaan BN berkuasa, tidak pernah sesiapa menjanjikan untuk Kerajaan ditukar ganti. Kalau kita lihat di negara negara jiran, pertukaran Kerajaan adalah lumrah saperti di Thailand dan Filipina, malahan baru baru ini di Indonesia, dan ianya bukannya satu perkara yang mustahil.
Apabila Anwar mengutarakan pertukaran Kerajaan, ramai yang tersentak dan tidak percaya ianya boleh dilakukan dizaman ini, diMalaysia. UMNO dan BN sudah sinonimus dengan pemerintahan demokrasi dinegara ini, dan ramai rakyat dilahirkan dengan hanya mengenali pemerintahan UMNO dan BN sahaja.
Ramai juga yang tidak percaya ianya boleh dilakukan, kerana untuk menarik sekitar 30 puluh MP melompat ke PR bukannya perkara yang mudah, dan ianya satu misi berisiko tinggi yang penuh dengan duri dan onak. Walaupun begitu, peralihan kuasa telah diwar-warkan oleh Anwar dan semua media masa membuat liputan hangat ketika itu. Mungkin ianya satu propoganda PKR untuk menarik lebih ramai MP belot kepada BN, tetapi sebenarnya ia telah memakan diri sendiri. MP-MP yang mungkin belot mungkin juga telah diperas ugut dengan siasatan BPR/Polis dan sebagainya. Kita telah lihat taktik klasik ini dilakukan oleh Mahathir untuk menindas lawan-lawannya sebelum ini. Bukankah Ahmad Said gedebe pun dikenakan siasatan BPR semasa beliau melawan Pak Lah dulu?.
Anwar telah beberapa kali menyebut bahawa beliau telah cukup dengan korumnya untuk mengambil alih kerajaan, tetapi MP yang ingin belot tetap dirahsiakan. Sehingga kini identiti mereka tidak diketahui dan mereka juga tidak ingin mendedahkan siapa mereka. Kemungkinan mereka menunggu saat saorang MP belot mendedahkan diri dan yang lain akan mula ikut sama saperti jatuhnya domino, tetapi ianya tidak berlaku. Sekarang dengan kejatuhan Pak Lah, dan naiknya Najib, yang dipercayai stailnya ala Mahathir, ramai berpendapat tidak ada MP yang akan belot dari BN.
Jadi apa kah akan jadi dengan mimpi Anwar untuk mengambil alih kerajaan? Adakah ianya akan berlaku sebelum tahun ini saperti yang dijanjikan lagi?
Kalau diharapkan petisyen kepada Agong, lupa sajalah cara itu. Bukankah baru baru ini Zaki telah dilantik oleh Agong dan Majlis Raja Raja sebagai CJ walaupun keperibadian beliau boleh dipersoalkan. Bukan kah itu satu isyarat kepada Anwar?.
"Vote of no confidence" kepada PM akan tersadai dibilik Speaker Parlimen. Bukankah Speaker saorang lantikkan BN?.
Peralihan kuasa tidak akan berlaku dengan cara lompatan katak BN kepada PR. Peralihan kuasa hanya akan berlaku jika rakyat berbondong bondong menolak kerajaan BN, dan ia boleh berlaku pada PRU tahun 2012/13. Itu pun jika Najib tidak mentadbir Kerajaan dengan baik, berlaku rasuah berleluasa dan jika ekonomi negara merudum teruk.
Adalah elok untuk Anwar dan ahli ahli pembangkang mengembeling tenaga mereka untuk menjadi satu pasukan pembangkang yang kuat, mengegarkan Parlimen sebagai 'check and balance' kepada pemerintahan BN. Anwar sekarang boleh berperanan dengan lebih efektif sebagai Ketua Pembangkang dan bukan sebagai 'PM-In-Waiting'.
Lagi pun kes sodomi 2 akan menjadi duri dalam daging kepada Anwar. Kes ini akan berlarutan beberapa tahun serta akan perlahan-lahan mematahkan semangat dan tenaga beliau. Anwar bukan lagi 'spring chicken' dan beliau bukan lagi Anwar yang dahulu bermoto-kan' Lawan Tetap Lawan'.
Jika Najib tidak mentadbir Negara dengan baik didalam masa tiga empat tahun ini, pada PRU 2012/13 rakyat akan sekali lagi menolak BN, tapi kali ini Kerajaan akan berubah terus kepada PR.
Hanya dengan kemenangan majoriti sahaja didalam Pilihan Raya Umum PR boleh membentuk kerajaan memerintah Malaysia, dan bukan dengan cara rampasan kuasa yang digembar gemburkan sekarang.

No comments:
Post a Comment