29 October 2008

Saei Safa Marwah-some recent pics


Picture was taken on the 23rd of Ramadan 2008. Although it was the fasting time, hundred thousands of people can be seen doing the Umrah. The final league of the Umrah is a 3.5 km walk from Safa to Marwah. In normal times, one can walk 3.5 km leisurely within one hour, but when one walks with thousands of 'buddies' within a confine area during fasting time, the walk becomes very tough and a big test for one's iman and perseverance.

As can be seen from the picture, people from all walks of life, the men wearing two pieces of white cloth, walks shoulder to shoulder, praising and making dua' to Allah during the one hour journey.

The 'original' saei on the ground floor has been widen to double its capacity from the original size. Work is still going on to widen the upper floors. I foresee the work can be completed next year as workers are doing the final touches.

One has to timed correctly when doing the Umrah as not to accidentally joining into the peak crowd. The best time is after the Suboh prayers or before mid afternoon. I have timed myself doing the Saei on the top floor when it was not so crowded. For a one way Safa/Marwah or Marwah/Safa, a brisk walk is about 4 minutes. So for seven circuit, one can complete the Saei within 30 minutes.

25 October 2008

The Masjidil Haram Expansion - Jabal Omar Project




A Malaysian company (PSDC & KLCC) is the Project Manager for the development of Jabal Omar.











The construction of Makkah’s Jabal Omar project will be completed within 30 months, and the plan includes a number of residential towers and 40 hotels.

The SR12 billion project is located in a mountainous area close to the Grand Mosque. The towers will accommodate 34,500 pilgrims and the project is being developed in areas around the Grand Mosque.

It will create a model residential and commercial center with new roads, pathways, tunnels, electric stairs, and other facilities.

The project will create prayer areas for 78,000 worshipers and will be linked to the Grand Mosque’s sound system.These prayer areas would be considered an indirect expansion of the mosque.

The project has taken into consideration the environment and the topography of the area.

The groundbreaking for the second largest project after the Haram expansion was started two years ago.

Jabal Omar company is also studying tenders from various top class hotel companies such as Sheraton and Move & Pick to manage some of the residential and hotel towers being built as part of the project.

More than 200 hotels have been demolished in order to implement the Jabal Omar project.

The project would also build a mosque to accommodate 10,000 worshippers and also a conference hall overlooking the Grand Mosque with a seating capacity for 2,000 people.
.......................................................................................................................................................
Projek ini, termasuk perluasan dari utara halaman masjid hingga pembangunan perumahan menara, bertujuan untuk menyediakan lebih banyak perumahan dan kemudahan untuk penziarah. Projek ini juga termasuk SR12 bilion menara Jabal Omar, salah satu usaha yang terbesar yang bertujuan untuk pengembangan daerah sekitar Tanah Suci Haram. Dengan keluasan 230,000 meter persegi, ia juga termasuk projek hotel bintang lima, pusat komersial dan kemudahan untuk 200,000 penziarah.

Projek-projek lain ialah pembesaran Hospital Ajyad, yang terletak berhampiran masjid, dan pembangunan jalan lain untuk ke Tanah Suci Haram sejajar dengan jalan yang ada dari Jeddah-Makkah. Jalan baru 5km, dirancang juga untuk manafaat penziarah.Makkah Development Authority juga mengendalikan pembangunan Shamiya, Jabal Khandama dan Jabal Al-Kaaba daerah di sekitar Haram.

Projek ini juga bertujuan untuk mengembangkan daerah di wilayah pusat kota suci dan merobohkan bangunan tua dan usang yang tidak selamat lagi.. Mereka juga akan menyediakan sistem pengangkutan yang selesa bagi mengurangi kesibukan lalu lintas di kota tersebut.

Jumlah keseluruhan keluasan untuk dibangunkan di dianggarkan 587,250 meter persegi, dengan 90 % bangunan yang lama. Perluasan dari utara halaman mesjid itu sendiri akan mencakupi luas 1.2 juta meter persegi antara kedua masjid dan jalan lingkar ke utara, Jalan Masjid Al-Haram ke timur dan Jalan Jabal Al-Kaaba ke barat.

Projek Jabal Omar akan menyediakan lebih dari 25,000 pekerjaan. Jabal Omar menawarkan kemudahan perumahan bagi 100,000 orang, tempat wuduk berhawa dingin untuk 100,000 dan ruang terbuka sembahyang untuk 120,000.

Syarikat Jabal Omar akan memiliki modal SR3.5 bilion termasuk SR1.1 bilion sebagai sebahagian dari pemilik real estate di daerah itu. Sebahagian dari saham bernilai SR850 juta akan ditawarkan sebagai langganan awam.

Jalan baru akan dibina dengan 1,000 meter terowong dan akan melalui daerah Mawarika, Tandbawe, Jabal Ghurab, Rusaifa dan Zahareen.

Adalah dijangkakan 50 tahun untuk rancangan pembangunan untuk Makkah disiapkan oleh Makkah Development Authority .

Panggilan Kaabah


Hanya tinggal satu dataran dihadapan Hilton untuk menampung jemaah yang ingin bersolat diluar Masjid. Sebelum ini dataran yang paling besar dihadapan New Safa Hotel telah dipecahkan kerana termasuk didalam projek Jabal Omar, iaitu rancangan pembesaran Mesjidil haram.Jemaah terpaksa datang awal ke Masjid jikalau tidak ingin bersesak sesak.

Foto diambil semasa jemaah menunggu iftar diluar Masjid.

Oleh kerana kesesakan di Masjid, jikalau anda datang lewat, mana mana tempat kosong sudah memadai untuk bersolat. Kelihatan beberapa jemaah bersolat dikaki tangga Masjid.Dengan tempat sebegitu kecil, anda terpaksa belajar mengimbangi diri semasa bersolat.

Foto diambil pada jam 1.29 pm waktu Mekah (6.29pm waktu Malaysia). Walaupun matahari terik, masih terdapat 'diehard' melaksanakan tawaf walaupun suhu menjangkau 50'c. Kelihatan kawasan Kaabah kosong, sebenarnya tidak ramai yang boleh bertahan dicuaca sepanas itu.Rasanya saperti tinggal didalam sauna!

Lambakkan tikar sembahyang menandakan tempat tersebut telah di'booking' oleh setengah jemaah.Tidak siapa berani duduk disitu, untuk mengelakkan perbalahan, kerana tuannya akan datang untuk menuntut tempatnya nanti.

Kaum Wanita ramai bersolat didataran Masjid Nabawi kerana malas masuk kedalam Mesjid diwaktu malam. Bersolat dibelakang imam akan memperolehi pahala yang lebih besar, dan kita akan berebut rebut kedepan jika kita nampak pahalanya!

Kaum lelaki bersolat disebelah kanan dataran Masjid Nabawi.

Hanya diTanah suci Mekah dan Madinah kita dapat lihat manusia berebut rebut untuk bersolat kepada Allah.

23 October 2008

Adakah janji 16 September sudah berkubur?

Semasa Anwar Ibrahim memberi janji untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September, semua rakyat menunggu dengan rasa debar dan penuh pengharapan. Apa tidaknya, kerana sebegitu lama kerajaan BN berkuasa, tidak pernah sesiapa menjanjikan untuk Kerajaan ditukar ganti. Kalau kita lihat di negara negara jiran, pertukaran Kerajaan adalah lumrah saperti di Thailand dan Filipina, malahan baru baru ini di Indonesia, dan ianya bukannya satu perkara yang mustahil.

Apabila Anwar mengutarakan pertukaran Kerajaan, ramai yang tersentak dan tidak percaya ianya boleh dilakukan dizaman ini, diMalaysia. UMNO dan BN sudah sinonimus dengan pemerintahan demokrasi dinegara ini, dan ramai rakyat dilahirkan dengan hanya mengenali pemerintahan UMNO dan BN sahaja.

Ramai juga yang tidak percaya ianya boleh dilakukan, kerana untuk menarik sekitar 30 puluh MP melompat ke PR bukannya perkara yang mudah, dan ianya satu misi berisiko tinggi yang penuh dengan duri dan onak. Walaupun begitu, peralihan kuasa telah diwar-warkan oleh Anwar dan semua media masa membuat liputan hangat ketika itu. Mungkin ianya satu propoganda PKR untuk menarik lebih ramai MP belot kepada BN, tetapi sebenarnya ia telah memakan diri sendiri. MP-MP yang mungkin belot mungkin juga telah diperas ugut dengan siasatan BPR/Polis dan sebagainya. Kita telah lihat taktik klasik ini dilakukan oleh Mahathir untuk menindas lawan-lawannya sebelum ini. Bukankah Ahmad Said gedebe pun dikenakan siasatan BPR semasa beliau melawan Pak Lah dulu?.

Anwar telah beberapa kali menyebut bahawa beliau telah cukup dengan korumnya untuk mengambil alih kerajaan, tetapi MP yang ingin belot tetap dirahsiakan. Sehingga kini identiti mereka tidak diketahui dan mereka juga tidak ingin mendedahkan siapa mereka. Kemungkinan mereka menunggu saat saorang MP belot mendedahkan diri dan yang lain akan mula ikut sama saperti jatuhnya domino, tetapi ianya tidak berlaku. Sekarang dengan kejatuhan Pak Lah, dan naiknya Najib, yang dipercayai stailnya ala Mahathir, ramai berpendapat tidak ada MP yang akan belot dari BN.

Jadi apa kah akan jadi dengan mimpi Anwar untuk mengambil alih kerajaan? Adakah ianya akan berlaku sebelum tahun ini saperti yang dijanjikan lagi?

Kalau diharapkan petisyen kepada Agong, lupa sajalah cara itu. Bukankah baru baru ini Zaki telah dilantik oleh Agong dan Majlis Raja Raja sebagai CJ walaupun keperibadian beliau boleh dipersoalkan. Bukan kah itu satu isyarat kepada Anwar?.

"Vote of no confidence" kepada PM akan tersadai dibilik Speaker Parlimen. Bukankah Speaker saorang lantikkan BN?.

Peralihan kuasa tidak akan berlaku dengan cara lompatan katak BN kepada PR. Peralihan kuasa hanya akan berlaku jika rakyat berbondong bondong menolak kerajaan BN, dan ia boleh berlaku pada PRU tahun 2012/13. Itu pun jika Najib tidak mentadbir Kerajaan dengan baik, berlaku rasuah berleluasa dan jika ekonomi negara merudum teruk.

Adalah elok untuk Anwar dan ahli ahli pembangkang mengembeling tenaga mereka untuk menjadi satu pasukan pembangkang yang kuat, mengegarkan Parlimen sebagai 'check and balance' kepada pemerintahan BN. Anwar sekarang boleh berperanan dengan lebih efektif sebagai Ketua Pembangkang dan bukan sebagai 'PM-In-Waiting'.

Lagi pun kes sodomi 2 akan menjadi duri dalam daging kepada Anwar. Kes ini akan berlarutan beberapa tahun serta akan perlahan-lahan mematahkan semangat dan tenaga beliau. Anwar bukan lagi 'spring chicken' dan beliau bukan lagi Anwar yang dahulu bermoto-kan' Lawan Tetap Lawan'.

Jika Najib tidak mentadbir Negara dengan baik didalam masa tiga empat tahun ini, pada PRU 2012/13 rakyat akan sekali lagi menolak BN, tapi kali ini Kerajaan akan berubah terus kepada PR.

Hanya dengan kemenangan majoriti sahaja didalam Pilihan Raya Umum PR boleh membentuk kerajaan memerintah Malaysia, dan bukan dengan cara rampasan kuasa yang digembar gemburkan sekarang.

12 October 2008

Electric wheelchair in Masjidil Haram.


Traditionally for those who cannot make their tawaf on foot, they can hire a porter to push the wheelchair for them around the Kaabah 7 circuit for a sum (see picture above). One circumambulate of the Kaabah on the first floor of the Masjid is about 1 km. It is a tiring job pushing a wheelchair for 7 km non stop and so the cost of hiring the porter is not cheap. One must be very extra careful when pilgrims in wheelchairs are near you because the sharp edges of the wheelchair can cause injury. The porters will be pushing the wheelchairs very fast so as to make more trips and more money.

Nowadays the electric wheelchair has make its appearance in the Haram, albeit belatedly. At least the physically unfit pilgrims can now move on their own, at their own pace (picture below), without the menacing porters shouting 'Thariq, Thariq, Thariq' (make way) at you.

11 October 2008

Objek misteri di Kaabah



Lihat gambar diatas, satu objek putih bulat dikanan Kaabah. Gambar diambil pada 26 Sept 08 lebih kurang jam 7.11 pagi. Gambar kedua dibawah (klik properties pada gambar catitan masa Malaysia), diambil beberapa saat kemudian tanpa zoom, objek putih sudah tidak kelihatan.Ini bermakna ianya bukan disebabkan oleh apa apa tompokan/kondensasi di lensa camera. Klik kanan pada mouse untuk buka gambar dilain tab dengan lebih besar lagi.

Dibawah ini, gambar gambar objek bulat putih yang saya muat turun dari blog Mazidul. Kelihatan objek yang sama saperti gambar di kaabah itu. Saya pernah lihat gambar sebegini di beberapa website Indonesia sebelum ini. Allahualam.









Sila layari blog Mazidul untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan objek bulat putih itu.

http://mazidulakmal.blogspot.com/2008/05/jin.html
http://mazidulakmal.blogspot.com/2008/05/gambar-apa.html

Ini gambar yang lebih kurang sama.
klik sini

10 October 2008

Solat jumaat di Masjidil Haram pada 26 Ramadan 2008


Mungkin ramai yang pernah bersolat jumaat di Masjidil Haram, tetapi pada bulan Ramadan kawasan sekeliling Masjid akan dibanjiri oleh kesemua penduduk tempatan Mekah dan para jemaah Umrah. Pada pukul 8 pagi, ribuan jemaah sudah membanjiri Masjid dan sejam sebelum masuk waktu zuhor, mereka yang datang lambat terpaksa bersolat di jalan raya.Dari gambar diatas, kelihatan Masjid lebih kurang 500 meter jauhnya, tetapi lambakkan jemaah dijalan raya adalah sepanjang 2 km jauhnya dari Haram. Saya jangkakan lebih 2 juta bersolat dimasjid dan 1 juta diluar.

Gambar diambil dibelakang Hotel Hilton. Jaringan keselamatan digantung kerana pembinaan hotel baru disebelah Hilton.Sukar dipercayai, tetapi Hotel Hilton dan Hotel Intercontinental akan dirobohkan didalam masa dua tahun ini untuk pembesaran dataran Masjid.

Pada masa sekarang Hilton adalah hotel yang terdekat dengan Masjidil Haram.Pada bulan Ramadan saya difahamkan, kos biliknya semalam ialah Rm6,000 tetapi pada hari biasa hanya Rm500 sahaja.Walaupun begitu, pakej Umrah Hilton yang bernilai RM60k untuk 10 hari laris dijual, dan ramai hartawan Malaysia tinggal disitu.

Walaupun cuaca panas terik sehingga mencapai kepada 50'C, jemaah tetap bersabar mendengar khutbah jumaat, walaupun bukan giliran Imam Abdul Rahman Sudais. Imam yang terkenal dengan suara lantang dan merdu ini kadangkala mengimamkan solat terawih dan tahajud. Pada malam 27 Ramadan, beliau membaca doa qunut hampir satu jam pada akhir solat witir pada jam 2.45am.

Kelihatan banyak tower crane disebelah safa-marwah kerana pembinaan untuk membesarkan tempat saei. Ramai yang tidak suka bersaei ditingkat atas, walaupun dibawah terlalu sesak. Mungkin mereka tidak dapat merasai jejakan kaki dibatu batu bukit Safa dan Marwah.

Kedai kedai disebelahan jalan akan diserbu oleh orang ramai setiap kali selesai solat sehinggakan pekedai tidak dapat melayan pelanggan dengan baik. Harga pun biasanya akan dinaikkan oleh pekedai kerana terlalu ramai pembeli.

Kaum wanita pun ramai bersolat dijalanan

Barangan berkualiti boleh didapati di supermarket Ben Dawood didalam Komplek Hilton. Barangan dikedai kedai tepi jalan, biasanya buatan China dan tidak ada kualiti.


Sesudah solat jumaat, para jemaah bersurai.

Iftar diMasjid Nabawi dan Masjidil Haram Ramadan 2008


Hidangan iftar yang biasa di Masjidil Haram


Menjelang Ramadan Karim, ramai dermawan akan menyediakan makanan untuk iftar. Kadang kala mereka berebut rebut menarik jemaah untuk berbuka dengan mereka. Ada riwayat yang mengatakan bahawa orang yang memberi makanan untuk iftar akan mendapat pahala sebesar pahala orang yang berpuasa itu. Jemaah menpunyai pilihan untuk iftar mengikut selera mereka. Gambar kelihatan makanan yang telah disediakan sebaik saja solat asar.



Kebiasaan makanan iftar hanyalah roti arab, air mineral/zam zam, buah-buahan , tamar dan yogurt. Gambar menunjukkan makanan iftar yang agak lumayan, kerana kebiasaannya hanya tamar dan air zam-zam sahaja.



Para jemaah sedang menunggu azan untuk iftar. Saya selalunya akan beriftar didalam mesjid kerana agak panas diluar walaupun senja. Selepas solat maghrib, kami akan pulang ke hotel masing masing untuk menjamu selera makanan jawi masakan orang Indon. Sesiapa yang tiada selera akan membeli kebab atau nasi Arab 'mandi' tapau balik ke hotel. Selepas makan kami akan bergegas semula ke mesjid untuk solat isya'. Walau bagaimana pun untuk Ramadan, waktu antara maghrib dan isya' dipanjangkan selama 2 jam.



Para jemaah wanita dikhaskan tempat mereka tetapi kebanyakkan dari mereka akan menunggu dihadapan makanan selepas solat asar, agak lama iaitu lebih dari satu setengah jam sebelum berbuka. Agaknya untuk 'test' menahan nafsu dengan melihat makanan selama lebih satu jam!



Kebanyakan jemaah dari India dan Pakistan yang beriftar diluar Mesjid Nabawi. Orang Melayu dan Arab selalunya berbuka puasa didalam mesjid. Bersolat di mesjid Nabawi tidaklah bersesak sangat saperti di Masjidil Haram dan orang Madinah lebih bersopan santun dan beradab. Itu sebab Rasulullah berhijrah ke Madinah dan mendapat sambutan yang tersangat baik dari penduduk Madinah. Sehingga sekarang penduduk Madinah tersangat beradab dan lembut orang orangnya.

Amalan Iktikaf di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram pada Ramadan 2008


Iktikaf sunnat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan. Amalan ini dilaksanakan oleh Rasulullah diakhir 10 Ramadan. Dikedua kedua masjid ini, amalan iktikaf dilaksanakan oleh ramai jemaah, dan mereka membawa bantal dan selimut untuk tinggal selama 10 hari didalamnya.

Saya perhatikan ada beberapa orang melayu yang beriktikaf di Masjidil Haram. Oleh kerana ramainya orang beriktikaf, semua ruang ruang solat mesjid telah dipenuhi oleh mereka dan adalah menjadi kesulitan bagi jemaah lain yang ingin bersolat. Kita perlu hadir satu atau 2 jam sebelum solat fardhu ke masjid untuk mencari mana mana ruang 'sekangkang kera' yang ada atau meminta kebenaran jemaah yang beriktikaf untuk 'menyelit' diantara mereka. Kadang kala usaha mencari ruang solat banyak menyebabkan pentengkaran diantara jemaah yang merebutkan ruang ruang yang ada.

Apabila kita sudah mendapat ruang kecil untuk beribadat, ruang itu tidak akan dilepaskan sebegitu senang. Kadangkala apabila kita masuk ke Masjid pada jam 10 pagi, ramai yang akan keluar selepas solat Maghrib jam 7pm atau selepas solat Qiam (Tahajjud) pada jam 2.45am. Bermakna kita berada di Masjid lebih dari 10 jam. Jadi bersedialah untuk melawan perkara perkara yang membatalkan wudhu'.

Masa beriktikaf dipenuhi dengan membaca Al Quran (sebaiknya khatam Quran semasa 10 hari), bersolat sunat dan berzikir. Walaupun begitu, ramai juga yang asyik tidor, mungkin terlalu letih berpuasa.

Bagi mereka yang susah 'menyimpan' wudhu sebegitu lama, saya perhatikan ramai memperbaharui wudhu dengan menyapu air mineral yang disimpan dalam botol kecil secara sedikit keanggota wudhu sambil duduk. Itu satu skil untuk kita amalkan kalau perlu.