Ketika ini pukul 3.35 pm hari Isnin 22/9/08 di Kota Madinah.
Saya ketika ini berada diKota Madinah dan sedang bersedia untuk bertolak ke Mekah melaksanakan ibadah Umrah. Tiga malam di Madinah sangat menyeronokkan kerana dapat melaksanakan ibadah puasa bersama-sama jemaah dari seluruh dunia. Begitu ramai jemaah di Masjid Nabi, terutamanya mereka yang beriqtikaf. Selama 10 hari mereka akan 'mengurungkan diri' didalam mesjid untuk mengerjakan amal ibadat, selaras dengan sunnah Rasulullah.
Mengerjakan umrah sangat berlainan semasa dibulan Ramadan Karim ini. Semua jemaah berlumba lumba untuk mengerjakan ibadah walaupun didalam keadaan berpuasa. Iftar dimesjid Nabi adalah satu pengalaman yang baru kerana terdapat ramai dermawan yang menyediakan makanan berbuka puasa, dan mereka berebut rebut menarik jemaah untuk beriftar bersama mereka. Makanan Iftar di mesjid adalah sangat sederhana iaitu tamar, roti, yogurt dan air zam zam.
Walaupun cuaca panas terik yang mencapai sehingga 50 darjah celcius, dan hawa bahang saperti tinggal didalam sauna, ibadah berpuasa tidaklah terasa berat saperti yang dianggap ramai. Yang penting, kita kena sentiasa berteduh dan tidak terlalu lama berada dibawah sinar matahari. Air pula perlu diminum banyak ketika iftar dan sahur.
Insyaallah, kalau berpeluang, saya akan menulis lagi pengalaman berumrah dibulan Ramadan al Karim.
No comments:
Post a Comment