24 April 2009

Kabinet mengikut undang undang jahiliah: Anak ikut agama asal ibu bapa

Semalam Kabinet Malaysia telah memutuskan bahawa kanak kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin. Ini bermakna kanak kanak tidak boleh bertukar agama walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama. Menteri di JPM, Nazri berkata "Anak perlu dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka........"

Keputusan Kabinet ini dilihat sebagai akan mencampuri urusan perundangan Mahkamah Shariah dan akan melibatkan banyak implikasi kepada kes kes yang melibatkan pertukaran ke agama Islam, anak anak yang dibawah umur.

Sanggup kah menteri menteri Islam didalam Kabinet menanggung dosa besar, apabila permohonan mereka mereka yang ingin memeluk agama Islam (bawah 18 tahun) diatas pilihan sendiri ditolak oleh Mahkamah kerana arahan Kabinet dan undang undang yang akan digubal nanti?

Semuga Allah melindung kita dari bala Allah yang akan datang kerana mengamalkan undang undang jahiliah ini.

No comments: