Meluat kita tengok pemimpin PKR dan setengah pemimpin PAS yang menyokong isu Allah diguna pakai oleh orang kristian Malaysia. Mereka langsung tidak melihat isu ini dengan perspektif yang lebih besar dan jauh. Mereka pula menunding jari kepada puak UMNO yang konon-nya mahu isu ini disemarakkan untuk mengalih perhatian orang islam dari isu kenaikan harga gula, minyak dan barangan keperluan yang lain dan selain dari isu isu sediada yang lebih serius.
Rata rata kalau diperhatikan isu penggunaan perkataan 'Allah' ini ditentang oleh sebahagian golongan orang Islam sahaja, tidak kira dari UMNO, PAS atau PKR. Tetapi orang orang bukan Islam maupun kristian, hindu, buddhist, taoist, atheist, penyembah pokok dan lain lain bersepakat dan menyokong pemakaian perkataan 'Allah' oleh Herald. Walaupun mereka bukan practising christian tetapi didalam isu ini mereka semua bersepakat. Kenapa?
Kita lihat apa kata Father Lawrence Andrew, penerbit Herald Tribune:
“We must all realise that this is not an ‘Allah’ issue alone. The ‘Allah’ issue has become the vehicle to ensure that our federal constitution is not buried and Syariah law becomes the law of the country. This is the real danger.”
- Father Lawrence Andrew; Editor, Herald Tribune
17 March 2009; Malaysiakini
Nah, kata kata tersebut cukup merumuskan apa yang tersirat didalam hati mereka. Takkan pemimpin PKR dan PAS masih belum dapat menangkap apa sebenarnya hasrat mereka? Pemimpin PKR dan PAS sebenarnya mengerti dan faham kepentingan isu ini jika tidak ditangani dengan betul, tetapi ada perkara yang lebih penting yang mereka mahukan.
Ya-itu untuk meraih undi sebanyak mungkin dari orang orang bukan islam di Pilihan Raya Umum yang akan datang dan seterusnya berusaha untuk membentuk kerajaan PR menggantikan BN. Jikalau pemimpin Islam PKR dan PAS dilihat sebagai tidak bersetuju dengan pemakaian "Allah' oleh Herald, tentulah sokongan orang Islam terhadap mereka akan melorot dan peluang Anwar Ibrahim sebagai PM dan Lim Kiat Siang sebagai DPM hanya tinggal mimpi disiang hari sahaja.
Kenapa orang bukan Islam menyokong keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan?
Ini kata blogger SatD -
"The case with the Chinese in Malaysia is a bit different: This target group, who are far from poor and therefore do not need any financial motives, conversion tactics are done using bootstrap principles: namely that of dissent towards anything Malay. To the chinese, anything that sounds malay-ish and associated to them is hateful. This has been a main weapon of the missionaries. Thus they would readily welcome any faiths which to them is reminiscent of and symptomatic to the idea of inherent rebellion. Christianity is an outlet for them to show dissent.
The Malaysian Indians, however, have a nobler purpose for conversion. After being in the social quagmire of the caste system for so long, conversion allows some Indians to taste being a notch up in society’s rung of acceptance ladder. In the Abrahamic faiths, one do not need to distinguish one human being from another based on the nature of their births in society. If I were an Indian born in a low caste family, I surely would be inspired by my fellow indians like Father Lawrence Andrew and how high a standing and fully respected he is in society. My twice-tanned skin would turn white with envy! And the name, Look at the name! With this kind of name now instead of some Puthucheary or Tanabalan, tell me if I am not in the same league as Norah Jones, Charles Xavier or James Cameron"
Khalid Samad mengatakan bahawa perkataan Allah telah digunakan oleh orang orang Arab semenjak berkurun lagi tetapi terjemahan GOD didalam bahasa Malaysia ialah TUHAN dan Herald menggunakan Bahasa Malaysia, jadi kenapa mesti memakai perkataan Allah dan bukannya TUHAN? Boleh tak orang kristian menukarkan semua perkataan GOD didalam BIBLE King James's version kepada ALLah. Tentunya orang kristian akan mengatakan
blasphemy.
Orang Islam PKR dan PAS menuduh isu ini dipolitikkan oleh UMNO untuk kepentingan mereka. Memang UMNO sebuah parti yang korup, jahil, gila kuasa dan penuh dengan kemaksiatan tetapi adakah sebuah parti alternatif kepimpinan melayu islam, yang kuat, yang boleh mengambil alih teraju pemerintahan negara malaysia, dimana Islam boleh diperkasakan?
Didalam isu "Allah" nampaknya PAS telah diperkudakan oleh golongan sekularis dan liberalis didalam PKR sehingga sanggup menjual prinsip prinsip yang mereka perjuangkan selama ini.
Sekarang ini, belum nampak lagi PAS sebagai satu alternatif kepada UMNO.
Kepada orang Islam yang menyokong penggunaan "Allah" oleh Herald, ingatlah tujuan mereka untuk menggunakan perkataan Allah bukan lah untuk meng-esakan tetapi adalah untuk menyekutukan Allah.